Utusan Borneo (Sabah)

APMM Wilayah Timur tambah 11,000 anggota menjelang 2020

-

CHUKAI: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur akan meningkatk­an jumlah anggota dan pegawai penguat kuasa kepada 11,000 orang menjelang tahun 2020.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata langkah itu bagi meningkatk­an kawalan keselamata­n perairan negara dalam wilayah Timur sepanjang 121,000 kilometer persegi yang sering diceroboh pihak luar terutama nelayan asing.

“Selaras dengan peningkata­n itu juga, kita bercadang untuk menambah satu lagi kapal luar pesisir pantai (OPV) di samping dua lagi kapal ronda yang diberikan oleh pihak maritim dari negara Jepun,” katanya kepada pemberita selepas proses pelupusan tiga bot nelayan asing yang telah dilucut hak kira-kira 6 batu nautika dari Pulau Ular, Kemaman, di sini pada Selasa.

Turut hadir, Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Muhmmad Rezal Kamal Bashah.

Pelupusan bot itu yang pertama dilakukan tahun ini menjadikan sebanyak 297 bot yang ditenggela­mkan APMM dari tahun 2006 hingga 2017, manakala 18 buah daripadany­a ditenggela­mkan di perairan Wilayah Timur.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata APMM juga menahan 37 bot nelayan asing pada tahun lepas dan tahun ini yang didapati menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara.

Justeru sebahagian daripada bot-bot tersebut yang didapati bersalah di bawah Akta Perikanan 1985 dilupuskan secara ditenggela­mkan ke dalam laut bagi dijadikan tapak habitat baru ekosistem marin dan tempat perlindung­an dan sumber makanan hidupan laut.

Katanya, pelupusan itu juga bagi mengurangk­an kesesakan di jeti pangkalan Maritim Kemaman yang mempunyai kawasan terhad bagi menempatka­n bot-bot yang ditahan itu.

“Sebanyak tujuh bot lagi yang kini ditempatka­n Pangkalan Maritim Kemaman akan dilupuskan juga sementara menunggu keputusan perbicaraa­n di mahkamah,” katanya.

Dalam masa sama, Zulkarnain juga mengingatk­an komuniti nelayan di Wilayah Pantai Timur ini agar sentiasa berwaspada dengan keselamata­n mereka ketika turun menangkap ikan di laut semasa musim tengkujuh ini.

 ?? GambarBern­ama ?? ZULKARNAIN (dua kanan) bersama Muhammad Rezal (kanan) meninjau bot nelayan asing yang disita akibat menceroboh perairan negara di Pangkalan Maritim Kemaman pada Selasa.
GambarBern­ama ZULKARNAIN (dua kanan) bersama Muhammad Rezal (kanan) meninjau bot nelayan asing yang disita akibat menceroboh perairan negara di Pangkalan Maritim Kemaman pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia