Utusan Borneo (Sabah)

156 murid dipindahka­n

Murid SJK (C) Tukau, Miri dipindah dari bangunan sekolah ke jalan utama ekoran banjir.

-

MIRI: Seramai 156 murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Tukau di sini terpaksa dipindahka­n anggota bomba dari bangunan sekolah ke jalan utama ekoran banjir kilat melanda dan menenggela­mkan pekarangan sekolah itu.

Seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba Miri diketuai PBK II Abang Muhd Fhazil, mengetuai operasi memindahka­n murid terbabit ke lokasi selamat jam 10 pagi pada Isnin.

Ibu bapa yang dimaklumka­n oleh pihak sekolah turut datang bagi mengambil anak masingmasi­ng.

Pihak sekolah juga terpaksa menutup sementara sekolah terbabit jam 11 pagi selepas operasi pemindahan selesai

PARAS air semakin naik di kawasan Taman Tunku namun masih terkawal dengan anggota bomba dan APM terus memantau keadaan.

“Ibu bapa yang dimaklumka­n oleh pihak sekolah turut datang bagi mengambil anak masing-masing. Pihak sekolah juga terpaksa menutup sementara sekolah terbabit jam 11 pagi selepas operasi pemindahan selesai ekoran paras air mula naik dan hujan berterusan.” turun

ekoran paras air mula naik dan hujan turun berterusan.

Selain pekarangan sekolah, air turut melimpah masuk ke ruang pejabat dan bilik darjah di tingkat bawah bangunan sekolah terbabit.

Hujan lebat turun sejak awal pagi Isnin sekitar bandar raya ini mengakibat­kan beberapa kawasan rendah dilanda banjir kilat.

Anggota bomba dari kedua-dua balai iaitu Miri dan Lopeng yang melakukan rondaan banjir sejak jam 8.30 pagi Isnin, melaporkan bahawa kawasan Taman Tunku, Eco Park dan Lapangan Terbang Miri serta Kampung Luak menyaksika­n air naik namun terkawal.

Begitu juga di kawasan Pujut Sungai Adong paras air masih dalam situasi terkawal.

Tiada pusat pemindahan dibuka di sini sehingga tengah hari Isnin namun pihaknya terus mengadakan pemantauan banjir di kawasan-kawasan berisiko.

Sehingga awal petang Isnin, banjir kilat melanda beberapa kawasan termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Miri namun masih tidak menjejaska­n operasi sekolah pada sebelah paginya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba meredah banjir memindahka­n murid ke jalan utama dan kawasan tinggi di mana ibu bapa mereka menunggu mengambil anak masing-masing.
ANGGOTA bomba meredah banjir memindahka­n murid ke jalan utama dan kawasan tinggi di mana ibu bapa mereka menunggu mengambil anak masing-masing.
 ??  ?? KAWASAN SMK Agama Miri turut dilanda banjir kilat namun masih belum menjejaska­n sesi persekolah­an.
KAWASAN SMK Agama Miri turut dilanda banjir kilat namun masih belum menjejaska­n sesi persekolah­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia