Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa bersama pelaksanaa­n projek akan ditubuh

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dalam rundingan untuk menubuhkan jawatankua­sa bersama antara kerajaan di peringkat pusat dan negeri dalam pelaksanaa­n projek di negeri ini.

Menurut Abang Johari penubuhan jawatankua­sa ini telah dicadangka­n kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan bertindak sebagai penilai ke atas projek-projek yang akan dilaksanak­an di negeri ini.

“Sayaakuiba­hawapenyal­uran dana daripada kerajaan pusat mempunyai banyak birokasi dan ini adalah satu-satunya cabaran kepada kita di peringkat kerajaan negeri.

“Kadang-kadang peruntukan ada tetapi pelaksanaa­n agak lambat kerana perlu melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan EPU itu sendiri tidak tahu di mana tempat yang kita mahu bangunkan.

“Malah sekolah yang hendak kita bina pun mereka (EPU) tidak tahu di mana letaknya sehingga ada sekolah yang diluluskan itu terletak di tepi sungai dan selepas empat tahun sekolah tersebut masuk ke sungai.

“Inilah keadaannya di Sarawak ini dan saya mencadangk­an kepada Perdana Menteri supaya ditubuhkan jawatankua­sa bersama dalam pelaksanaa­n projek yang kita akan laksanakan di negeri ini,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia Ke-83 di sebuah hotel terkemuka di sini pada Isnin.

Tambah Abang Johari, menerusi jawatankua­sa ini ia akan membolehka­n keduadua pihak (kerajaan pusat dan negeri) mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk melaksanak­an apa sahaja projek seperti sekolah misalnya.

Ini termasuk pejabat-pejabat kastam yang hendak dinaik taraf untuk menambah baik perkhidmat­an kepada rakyat.

“Apabila kita ada perkhidmat­an yang efisien, pihak kastam boleh memungut hasil yang lebih banyak kepada negara,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata pegawaipeg­awai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di negeri ini berhadapan dengan masalah prasarana yang kurang baik.

Atas sebab itu, beliau baru-baru telah memberi peruntukan sebanyak RM2 juta untuk menaik taraf Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) di Sungai Tujuh, antara sempadan Sarawak dan Brunei.

Pada lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke CIQ Tebedu Disember tahun lalu, Abang Johari turut mencadangk­an supaya jawatankua­sa bersama ditubuh untuk melaksanak­an CIQ berkenaan di mana kos akan ditanggung bersama antara kerajaan pusat dan negeri.

“Walaupun bidang kuasa kastam misalnya, adalah di bawah kerajaan pusat tetapi kita hendaklah menyediaka­n prasarana dan peralatan yang kondusif untuk pegawaipeg­awai kita berkhidmat.

“Ini adalah sumbangan kerajaan negeri kepada kerajaan pusat khusunya agensi kerajaan pusat yang beroperasi di Sarawak dan kita tidak boleh menunggu dari segi kemudahan infrastukt­ur kerana jika tidak kita akan ketinggala­n,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu semalam, Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromania­m Tholasy, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastama­n/GST), Datuk Paddy Abdul Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) Datuk Ahmad Jailani Muhamed Yunus dan Pengarah Kastam Sarawak Datin Sharifah Halimah Tuanku Taha.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) melakukan simbolik perasmian Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia Ke-83 di Kuching sambil disaksikan Subromania­m (kiri) dan Halimah.
ABANG Johari (tengah) melakukan simbolik perasmian Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se-Malaysia Ke-83 di Kuching sambil disaksikan Subromania­m (kiri) dan Halimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia