Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga mangsa tembak mengadu kepada Suhakam

-

KUCHING: Keluarga mendiang Chung Soon Teck yang maut ditembak anggota Badan Narkotika Nasional Provinsi (BNNP) Kalimantan Barat, Indonesia pada 18 November tahun lalu di Entikong, membuat aduan kepada Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Isnin untuk tindakan selanjutny­a berhubung kes itu.

Aduan dibuat menerusi perjumpaan dengan Ketua Cawangan Suhakam Sarawak Sophian Osman bersama ahli keluarga yang diketuai Ketua Biro Pengaduan Awam SUPP Wilfred Yap.

Hasil perjumpaan itu, Wilfred berkata pihak Suhakam Sarawak bersetuju akan menghantar surat kepada Kementeria­n Luar Negeri untuk tindakan seterusnya.

“Suhakam akan memaklumka­n perkara itu kepada Kementeria­n Luar Negeri (Putrajaya), Kerajaan Indonesia dan Polis Antarabang­sa (Interpol) di Wisma Putra,” katanya.

Wilfred berkata demikian ketika ditemui selepas perjumpaan hampir dua jam di Pejabat Suhakam Cawangan Sarawak di sini pada Isnin.

Menurutnya, ahli keluarga bukan sahaja mahu memperjuan­gkan hak asasi manusia tetapi mewujudkan kesedaran dan protokol khas jika perkara sedemikan berulang.

“Saya percaya, mereka (keluarga) bukan hanya bercakap tentang mendapatka­n semula nyawa yang hilang, tetapi mewujudkan protokol (hak asasi manusia) yang perlu dipatuhi pada masa depan,” jelasnya.

Sebelum ini, ahli keluarga mendiang memohon penjelasan terperinci berhubung kesalahan Chung daripada Konsulat Jeneral Indonesia.

Lelaki berusia 48 tahun itu maut akibat ditembak di dada selepas dikatakan cuba melarikan diri daripada ditangkap anggota BNNP dalam operasi khas menangkap pengedar dadah di Entikong.

 ??  ?? WILFRED Yap ketika memberi penerangan kepada Sophian semasa perjumpaan ahli keluarga mendiang Chung bersama Suhakam Cawangan Sarawak di Kuching.
WILFRED Yap ketika memberi penerangan kepada Sophian semasa perjumpaan ahli keluarga mendiang Chung bersama Suhakam Cawangan Sarawak di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia