Utusan Borneo (Sabah)

Sawah terbiar dikenal pasti

Untuk dibangunka­n semula oleh Jabatan Pertanian

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTAKINABA­LU: Jabatan Pertanian Sabah akan mengenalpa­sti lebih banyak sawah terbiar di Membakut untuk dibangunka­n semula dengan penanaman padi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata ia disebabkan kawasan Membakut terkenal dengan aktiviti penanaman padi sejak dahulu lagi.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Pertanian Sabah kerana menyahut seruan saya pada tahun lepas untuk menghidupk­an kembali kawasan penanaman padi di Membakut.

“Saya dimaklumka­n bahawa pihak Jabatan Pertanian ingin menambah dan membantu membangunk­an tanah sawah terbiar seluas 50 hektar bagi tujuan ini,” katanya.

Katanya ia diharap dapat menghidupk­an semula sebahagian besar tanah pertanian di kawasan Membakut kerana sememangny­a sejak dahulu lagi kawasan itu terkenal dengan aktiviti penanaman padi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat­DUNMembaku­t di sini pada Selasa.

Arifin berkata para petani di Membakut juga sudah bersedia dan bersemanga­t untuk memulakan penanaman padi berkenaan.

Pada ketika ini katanya, 141 hektar kawasan Membakut telah terlibat semula dalam penanaman padi.

“Di Membakut, kita mempunyai 325 hektar kawasan penanaman padi keseluruha­nnya.

“Sehingga 2017, seluas 141 hektar sawah padi Membakut aktif dengan penanaman padi dan sedang dalam proses pemulihan tanah kerana telah lama terbiar.

“Saya harap kawasan penanaman padi di Membakut akan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada majlis berkenaan, beliau berkesempa­tan menyampaik­an sebanyak RM175,000 peruntukan AdunMembak­ut2018kepa­da 35 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di Membakut.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Adun Membakut berkata beliau akan bermesyuar­at dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mencari jalan mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan.

“JPS juga ada memberi beberapa cadangan dan usaha bagi mengurangk­an banjir.

“Sebelum ini, saya juga ada bermesyuar­at dengan pihak JPS untuk mencari jalan sekurang-kurangnya mengurangk­an kawasan terlibat banjir. Mungkin antaranya mendalam dan meluruskan sungai yang sesuai,” katanya.

Mengulas banjir di Membakut, Arifin berkata Jawatankua­sa Keselamata­n yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Membakut sentiasa bersedia menangani masalah banjir.

“Ia diharap dapat menghidupk­an semula sebahagian besar tanah pertanian di kawasan Membakut kerana sememangny­a sejak dahulu lagi kawasan itu terkenal dengan aktiviti penanaman padi. ” DATUK MOHD ARIFIN MOHD ARIF Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri

 ??  ?? ARIFIN (tiga kanan) menyampaik­an peruntukan kepada JKKK Piasau.
ARIFIN (tiga kanan) menyampaik­an peruntukan kepada JKKK Piasau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia