Utusan Borneo (Sabah)

Pizza Hut perkenal Cheese-Sang Cheesy Bites

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pizza Hut Malaysia tampil dengan menu baharu

Cheese-Sang Cheesy Bites yang menggabung­kan sentuhan tradisi Yee Sang ke dalam piza sempena Tahun Baharu Cina ini.

Menyedari kepentinga­n

Yee Sang yang menjadi lambang kemakmuran semasa sambutan Tahun Baharu Cina, memberi ilham kepada Pizza Hut Malaysia untuk muncul dengan hidangan piza berasaskan Yee Sang pada tahun ini.

Piza Cheese-Sang ini lengkap dengan 18 kerak piza penuh dengan keju cedar, mozarela dan udang tempura rangup serta nenas yang dihidang bersama sos telur masin keemasan.

Piza edisi terhad sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini berada di pasaran pada Januari dan Februari.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd Merrill Pereyra berkata sebagai rangkaian piza nombor satu di Malaysia mereka merasa bangga kerana dapat menjadi jenama yang membantu mengeratka­n hubungan kekeluarga­an ketika menikmati piza bersama-sama.

“Pada musim Tahun Baharu Cina inilah keluarga danrakan-rakanberku­mpul sambil menikmati Yee Sang.

“Melalui piza dengan gabungan konsep Yee Sang ini, kami harap dapat membawa kegembiraa­n kepadapela­nggan,”katanya dalam satu kenyataan.

Cheese-Sang Cheesy Bites

dijual di semua cawangan restoran Pizza Hut. Bagi ala carte saiz biasa, ia dijual pada harga RM38.

Untuk kombo, terdapat tiga set pilihan iaitu Golden Prosperity Meal, Double Happiness Meal dan Double Fortune Meal, harga setiap set masing-masing pada RM 79.80, RM 46.80 dan RM 43.80.

 ?? Piza Cheese-Sang ?? KAKITANGAN Restoran Pizza Hut Suria Sabah mempromosi­kan hidangan terbaharu
Piza Cheese-Sang KAKITANGAN Restoran Pizza Hut Suria Sabah mempromosi­kan hidangan terbaharu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia