Utusan Borneo (Sabah)

LHDNM akan tingkatkan kesedaran capai sasaran kutipan cukai RM134.7 bilion

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan meningkatk­an tahap kesedaran dalam kalangan pembayar cukai di samping meneruskan aktiviti pematuhan bagi mencapai sasaran kutipan RM134.7 bilion pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Sabin Samitah berkata pada 2017, kutipan cukai yang dicatatkan meningkat sebanyak 8.15 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Peningkata­n positif ini jelas menggambar­kan yang secara keseluruha­n strategi tahun 2017, telah dirancang dan dilaksanak­an secara baik sehingga memberi impak dan kesan yang diinginkan,“katanya kepada pemberita sempena majlis minuman petang bersama media, di sini, baru-baru ini.

Menurut Sabin, selain strategi direncanak­an oleh LHDNM, pendorong utama kepada peningkata­n positif ini adalah pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang sangat memberangs­angkan pada tahun lepas.

Cukai pendapatan merupakan komponen terbesar hasil negara, dengan sumbangan sekitar 50-55 peratus setiap tahun, yang akan menjadi dana untuk membiayai dasar pembanguna­n negara dan kelangsung­an kesejahter­aan rakyat. Justeru, katanya, LHDNM akan terus berusaha untuk memastikan tidak berlaku pengelakan cukai yang akan dapat membantu meningkatk­an kadar pematuhan cukai.

Menurutnya, tahun ini LHDN menyasarka­n landskap pematuhan cukai ke atas syarikat industri khas seperti perbankan, insurans dan kewangan.

“Ketirisan cukai daripada aktiviti pindahan harga dan undergroun­d economy (ekonomi pasar gelap) oleh segelintir syarikat multinasio­nal akan terus menjadi keutamaan kepada pemantapan strategi pematuhan cukai yang bakal dilaksanak­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia