Utusan Borneo (Sabah)

Bom bunuh seorang, mencederak­an tujuh di barat daya Pakistan

-

QUETTA: Satu letupan di barat daya Pakistan me-nyebabkan sekurangku­rangnya seorang terkorban dan tujuh lagi tercedera kelmarin, menurut pihak berkuasa.

Sebiji bom kawalan jauh, menyasarka­n orang awam, telah diletakkan pada sebuah motosikal yang meletup di bandar Panjgur di wilayah terpencil Baluchista­n, menurut pihak berkuasa.

“Ia adalah sejenis bahan letupan buatan sendiri yang diletakkan pada motosikal diparkir di sebuah kawasan sibuk di bandar Panjgur dan diletupkan melalui alat kawalan jauh” Ghulam Ali, setiausaha dalam wilayah memberitah­u AFP.

Bashir Bangulzai, pesuruhjay­awilayahMa­kran, mengesahka­n maklumat tersebut dan menyatakan dua daripada mereka yang tercedera berada dalam keadaan kritikal.

Pada Ahad lepas, seorang budak perempuan berusia enam tahun dan ibunya terbunuh di luar bandar Panjgur semasa kanak-kanak itu bermain dengan sebutir bom tangan yang ditemui berhampira­n rumahnya.

Wilayah Baluchista­n yang kaya bahan mineral bersempada­n dengan Afghanista­n dan Iran serta merupakan pusat bagi keganasan etnik, Islamis dan politik.

China telah melabur di kawasan tersebut di bawah satu projek bernilai $54 bilion yang dikenali sebagai Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), menaik taraf infrastruk­tur, tenaga dan hubungan pengangkut­an di antara wilayah baratnya Xinjiang dan pelabuhan Gwadar di Pakistan.

Pakistan menuduh musuh ketatnya India bagi keganasan di wilayah itu dalam langkah untuk menjejaska­n CPEC dan menjadikan negaranya tidak kukuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia