Utusan Borneo (Sabah)

Tahanan 9/11 mengadu ‘seksaan’ psikologi, saman Trump

-

WASHINGTON: Satu-satunya orang yang disabitkan di Amerika Syarikat (AS) bagi serangan 9/11 menyaman Presiden Donald Trump bagi keadaannya di sebuah penjara kawalan ketat di Colorado.

Dalam satu aduan tulisan tangan sebanyak empat muka surat dilihat AFP, Zacarias Moussaoui, seorang rakyat Perancis, berkata “saya ingin untuk didengari” dan mendakwa telah berdepan dengan “seksaan psikologi di dalam tahanan berasingan.”

Menurut dokumen tersebut, difailkan pada Disember, Moussaoui menuduh pentadbira­n Trump dan biro penjara AS tidak memberikan akses kepada dia untuk mendapat-kan khidmat seorang pe-guam dalam langkah “untuk melemahkan saya dari segi psikologi dan menghalang saya mendedahka­n kebenaran mengenai 9/11.”

MahkamahAS­telahmenol­ak permohonan sebelum ini oleh Moussaoui, di mana kesihatan mentalnya menjadi isu yang dipersoalk­an semasa perbicaraa­n 2006 yang telah menjatuhka­nhukumanpe­njara seumur hidup terhadapny­a.

Dia telah disabitkan bagi penglibata­n dalam serangan Al-Qaeda pada 11 September, 2001 yang mengorbank­an hampir 3,000 nyawa di New York, Washington, dan Pennsylvan­ia.

Ditangkap beberapa minggu sebelum serangan, Moussaoui telah dianggap sebagai perampas ke-20.

Di dalam dokumen terkini, termasuk petisyen lain yang sama, dia mengulangi tuduhan lama bahawa keluarga diraja Arab Saudi telah membiayai Al-Qaeda.

Dakwaan tersebut telah dinafikan sepenuhnya oleh kerajaan tersebut dan disangkal melalui satu siasatan rasmi.

Moussaoui telah menandatan­gani petisyen terbaharun­ya “hamba Allah” dan, dalam bahasa Inggeris yang salah sebagai, “perampas yang ke20”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia