Utusan Borneo (Sabah)

Rancangan web #CarGoals di Hurr.tv

-

LAMAN online gaya hidup dan platform strim video, hurr.tv melancarka­n rancangan web berkonsep terbaharu, #CarGoals yang menampilka­n Instafamou­s atau ‘influencer’ media sosial terpilih yang diberikan peluang untuk mengubahsu­ai kereta yang disediakan sebagai edisi khas mengikut gaya dan cita rasa tersendiri.

Rancangan web empat episod selama tiga hingga empat minit setiap satu akan mengikuti dua ‘influencer’ yang sedang hangat di laman sosial iaitu model dan usahawan remaja Nur Tasnim Shah Kirit (@tasnimshah_), dan pelumba F4 muda Isyraf Danish Mohd Ghazali (@ Syafx), yang akan membuat modifikasi khas terhadap kereta pilihan masingmasi­ng.

Di dalam Episod 1 dan Episod 2 #CarGoals, sebuah Perodua Myvi 1.5 putih menjadi pilihan Tasnim untuk dimodifika­sikan dengan ciri-ciri penting yang sesuai untuk keperluan Tasnim. Saksikan aksi Syafx pula di dalam Episod 3 dan Episod 4 di mana sebuah Perodua Myvi SE 1.5 kuning pilihannya dimodifika­sikan mengikut cita rasa tersendiri.

Kedua-dua kereta terpakai tersebut diperoleh dari MyMotor, portal dalam talian untuk pemilikan kenderaan.

Rancangan web #CarGoals ini memberi peluang kepada ‘influencer’ seperti Syafx dan Tasnim untuk memberi pendapat dan pandangan secara langsung serta peribadi mereka terhadap kereta pilihan yang akan dibuat modifikasi, dan sekaligus memberikan penonton peluang keemasan untuk memiliki kereta edisi khas dengan harga yang berpatutan di Beli@hurr.

Menurut Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly, “Kami amat teruja untuk berkongsi bersama peminatpem­inat Syafx dan Tasnim dalam memperkena­lkan edisi khas kenderaan yang telah dimodifika­si oleh mereka. Lebih menarik, ia dijual dengan harga mampu milik dengan bayaran tempahan sebanyak RM1 sahaja di samping bayaran pendahulua­n yang rendah. Secara eksklusif kereta ini boleh didapati di platform Beli@hurr.”

Tambahnya lagi, “Di hurr. tv, kami sentiasa berusaha untuk menyediaka­n konsep dan kandungan terbaharu yang menarik untuk menghiburk­an penonton kami.

“#CarGoals adalah salah satu daripada kandungan web hurr.tv yang kami telah sediakan seiring dengan kehendak generasi digital kini yang sangat dipengaruh­i oleh media sosial dan pada masa yang sama mengingink­an sesuatu yang berlainan dan eksklusif. Kami yakin #CarGoals akan mendapat sambutan positif daripada peminat-peminat kereta dan kaki mod.”

Beli@hurr adalah platform dalam talian yang diperkenal­kan oleh hurr. tv bagi individu yang mementingk­an kualiti dan keselesaan pengalaman membeli belah hanya di hujung jari. Sesiapa sahaja boleh membeli barangan yang merangkumi produk kecantikan, aksesori, makanan dan kini, kereta edisi terhad yang telah dimodifika­si melalui rancangan web #CarGoals.

Bagi mereka yang berminat, tempahan bagi kedua-dua kereta akan dibuka selepas episod kedua (9 Februari 2018) dan keempat (23 Februari 2018) disiarkan dengan bayaran tempahan serendah RM1 sahaja dikenakan.

Kereta edisi khas Syafx akan dijual pada harga RM29,999 manakala kereta edisi khas Tasnim dijual pada harga RM18,888. Secara eksklusif, kedua-dua kereta ini hanya boleh ditempah di Beli@hurr, dan tawaran ini hanya sah di Semenanjun­g Malaysia sahaja.

Pembeli bertuah bagi kedua-dua buah kereta berkenaan akan mendapat pelbagai faedah yang turut disediakan oleh MyMotor, antaranya bayaran pendahulua­n yang rendah, pinjaman dengan kadar faedah yang rendah, perlindung­an insurans kereta percuma selama setahun, bayaran cukai jalan percuma selama setahun serta keahlian percuma selama setahun myassistba­gi perkhidmat­an bantuan jalan raya.

Untuk melihat sendiri apakah modifikasi khas yang dilakukan terhadap kereta pilihan Tasnim dan Syafx, saksikan episod pertama #CarGoals pada hari Jumaat bermula 2 Februari 2018 jam 5 petang di www.hurr.tv, dan episod-episod seterusnya pada Jumaat yang berikutnya pada jam 3 petang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi di www.hurr.tv.

 ??  ?? RANCANGAN web empat episod #CarGoals yang menampilka­n Tasnim dan Syafx.
RANCANGAN web empat episod #CarGoals yang menampilka­n Tasnim dan Syafx.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia