Utusan Borneo (Sabah)

Pemancing lemas dalam kolam

Bomba terima panggilan kecemasan jam 2.13 petang

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA MARUDU: Seorang lelaki ditemukan lemas semasa memancing dan berenang di dalam kolam di Kampung Longkob pada petang Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Welfred Magimpa, 44, ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 2.13 petang dan menggerakk­an empat anggota diketuai Penolong Penguasa Bomba Rantey Fred.

“Mangsa bagaimanap­un sudah ditemukan oleh rakannya sebelum ketibaan anggota bomba ke lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mangsa kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sepasukan anggota BBP Kota Marudu melakukan operasi bantuan menyelamat mangsa banjir iaitu wanita yang ingin bersalin di Kampung Parong di sini.

Rony berkata bantuan terbabit dilakukan bersama pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) kira-kira jam 9.50 pagi dan mangsa selamat dihantar ke Hospital Lotong Kota Marudu.

Mangsa bagaimanap­un sudah ditemukan oleh rakannya sebelum ketibaan anggota bomba ke lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

RONY SIKAWAN Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu

 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu menyediaka­n bot penyelamat bagi mengambil mangsa banjir iaitu ibu mengandung yang hendak bersalin bersama kakitangan KKM.
ANGGOTA bomba membantu menyediaka­n bot penyelamat bagi mengambil mangsa banjir iaitu ibu mengandung yang hendak bersalin bersama kakitangan KKM.
 ??  ?? ANGGOTA bomba dan penduduk kampung mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.
ANGGOTA bomba dan penduduk kampung mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia