Utusan Borneo (Sabah)

Anak Sabah diiktiraf ‘Certified Boiler Trainer’

- MACPEE -Oleh MOHD NAZIB

LAHAD DATU: Sabah kini boleh berbangga kerana Hasan Abduraji, 38, merupakan anak kelahiran negeri ini yang telah diiktiraf sebagai ‘Certified Boiler Trainer’ yang pertama di Malaysia.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal dari UPM telah menamatkan sesi latihan dan lulus cemerlang peperiksaa­n bagi persijilan Certified Boiler Trainer yang telah dikeluarka­n oleh Malaysian Steam And Internal Combustion Engine Engineer Associatio­n (MSIEA) di NIOSH Bangi, Selangor.

Menurut Hasan, pengalaman dan pengetahua­n yang dikecapi semasa bekerja di kilang sawit, loji janakuasa dan kini di loji petrokimia, membuatkan beliau berazam untuk lulus dan memiliki sijil kompetensi itu untuk dihadiahka­n kepada isteri dan anak-anak, serta menjadi pemangkin kepada anak muda terutama dari Sabah untuk terus berjaya.

Sesi pertama kursus Certified Boiler Trainer itu juga melibatkan seramai 14 peserta lain yang terdiri daripada jurutera stim dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Ia melibatkan peserta dari industri sawit, loji janakuasa, minyak dan gas serta petrokimia.

Dalam pada itu, Muhammad Salahuddin Abdul Majid yang lebih dikenali oleh pengamal dalam bidang boiler dan juga mendapat gelaran ‘Dukun Boiler Malaysia’ telah diberi kepercayaa­n oleh pihak MSIEA berdasarka­n pengalaman luas mengajar lebih 1,500 orang dari seluruh negara dalam bidang berkenaan untuk mengendali­kan program yang berlangsun­g selama tiga hari itu.

Beliau berkata, kursus itu merupakan inisiatif daripada pihak MSIEA dalam mengiktira­f tenaga pengajar yang sedia ada supaya berada pada standard tertinggi dan ia merupakan program pertama seumpamany­a di Malaysia dan juga di peringkat ASEAN.

“Program seperti ini akan dianjurkan setiap tahun dan bakal dibuka kepada semua tenaga pengajar di seluruh negara ASEAN dan Malaysia akan menjadi hab penyebaran ilmu tentang boiler di rantau ini,” katanya.

MSIEA yang merupakan persatuan profesiona­l terlibat secara langsung dalam bidang boiler yakin dengan usaha itu.

Malaysia bakal melahirkan orang yang kompeten (OYK) melibatkan boiler sama ada drebar enjin stim mahupun jurutera stim dan seterusnya mencapai OSHMP 2020, sekaligus mencapai kemalangan sifar melibatkan boiler pada tahun 2020.

 ??  ?? SALAHUDDIN (empat kanan, hadapan) merakamkan album bersama para peserta.
SALAHUDDIN (empat kanan, hadapan) merakamkan album bersama para peserta.
 ??  ?? HASAN
HASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia