Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an bola sepak tertutup daerah Tambunan 17, 18 Feb

-

TAMBUNAN: Pertanding­an Bola Sepak 7 Sebelah Piala Datuk Daniel Datuk Stanislaus Kinsik Tertutup Daerah Tambunan akan diadakan pada 17 dan 18 Februari di Padang Bola Sepak Kampung (Kg) Nambayan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kg. Nambayan Jupirin Bede Kojiun berkata, pertanding­an tersebut bermula jam 8 pagi hingga 5 petang mengikut format pertanding­an secara ‘Double Knock Out’.

“Pertanding­an ini menawarkan piala dan medal serta hadiah wang tunai iaitu RM700 kepada pasukan juara, RM500 bagi naib juara, RM400 bagi tempat ketiga manakala tempat keempat akan membawa pulang hadiah wang tunai RM200.

“Selain daripada itu, hadiah berupa wang tunai juga ditawarkan kepada Pemain Terbaik, Penjaring Terbanyak, Penjaga Gol Terbaik dan Pasukan Terbaik.

“Penyertaan masih dibuka kepada pasukan-pasukan sekitar Tambunan dan penyertaan terhad kepada pasukan lelaki sahaja dengan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM60 setiap pasukan,” katanya selaku pengerusi penganjur bersama sempena Mesyuarat Persediaan Kejohanan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, penganjura­n ini mampu memupuk dan menyemai semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat dan mendidik orang ramai supaya mengamalka­n gaya hidup sihat.

Upacara perasmian sepak mula akan disempurna­kan oleh Setiausaha Politik Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau & Air Malaysia Datuk Daniel Datuk Stanislaus Kinsik.

Beliau menyeru orang ramai khususnya di sekitar Tambunan untuk hadir menyaksika­n sepanjang pertanding­an itu berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia