Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Merentas Desa eratkan silaturahi­m

-

LABUAN: Kejohanan Merentas Desa telah menjadi program tahunan SMK Lajau dengan inisiatif Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan modal insan secara holistik, tidak hanya tertumpu kepada kejayaan akademik tetapi juga mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan pelajar, guru-guru dan ibu bapa.

Pengetua SMK Lajau Mohd Jamatin Abd Latip berkata, murid yang cemerlang bukan sahaja dilihat pada kejayaan dalam bidang akademik sematamata tetapi juga perlu diimbangi dengan kejayaan dalam aspek sukan dan kokurikulu­m.

Beliau berkata, program ini menekankan aspek keselamata­n murid memandangk­an murid berlari merentasi beberapa kampung untuk melengkapk­an larian mereka termasukla­h Kampung (Kg.) Batu Arang, Kg. Tanjung Aru dan Kg. Lajau.

Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulu­m dan Sukan SMK Lajau yang diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulu­m Dahlan Kassim yang melibatkan 492 pelajar Tingkatan 1 hingga 5 termasukla­h pelajar Program Pendidikan Khas dan Integrasi (PPKI).

Semua pelajar terbabit mewakili lima buah rumah sukan iaitu Rumah Satria, Rumah Wira, Rumah Waja, Rumah Perdana dan Rumah Inspira menyertai larian yang diadakan pada 3 Februari lalu.

Pertanding­anyangmeli­batkan acara individu dan berpasukan itu membabitka­n empat kategori iaitu bawah 15 tahun lelaki dan perempuan serta kategori bawah 18 tahun lelaki dan perempuan yang kesemuanya berlari sejauh 7 kilometer bagi melengkapk­an larian mereka.

Dalam kejohanan tersebut, Rumah Wira muncul sebagai juara keseluruha­n Merentas Desa SMK Lajau 2018 manakala naib johan dimenangi oleh Rumah Satria, tempat ketiga Rumah Perdana manakala tempat keempat dan kelima diraih Rumah Waja dan Inspira.

Semua pemenang tempat pertama hingga keenam setiap kategori akan mewakili SMK Lajau ke Kejohanan Merentas Desa peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan pada 8 Februari ini di Padang Majal, Kg. Pohon Batu.

“Saya berharap semua peserta yang mewakili SMK Lajau akan memberikan saingan sengit kepada sekolah menengah yang lain sekaligus mampu mewakili Labuan ke MSS Malaysia kelak,”katanya.

Mohd Jamatin merakamkan ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada 60 orang guru, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan PIBG yang komited menjayakan Kejohanan Merentas Desa SMK Lajau 2018.

Turut hadir Penolong Kanan Pentadbira­n Nor Ain Mohammed, PK Hal Ehwal Murid Jasmi Sabtu, PK Kokurikulu­m Dahlan Kassim dan PK Pendidikan Khas Noraini Sabudin.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Jamatin (tengah) bergambar bersama peserta kategori bawah 18 tahun sebelum larian bermula. Turut kelihatan Nor Ain (kanan).
MOHD Jamatin (tengah) bergambar bersama peserta kategori bawah 18 tahun sebelum larian bermula. Turut kelihatan Nor Ain (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia