Utusan Borneo (Sabah)

Lawan JDT janji pertarunga­n sengit

Pusingan kedua Piala FA

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

“Apabila sudah diundi begitu, apa lagi yang kita boleh buat melainkan kita lawan habis-habisan, dalam bola sepak apapun boleh berlaku. Tentunya JDT adalah pasukan pilihan tetapi ia adalah perkara biasa dalam bola sepak, pasukan bukan pilihan ” menewaskan pasukan pilihan. JELIUS ATING Ketua jurulatih

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah Jelius Ating berkata, pertemuan dengan pasukan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pusingan kedua Piala FA bakal menjadi salah satu perlawanan paling sengit dan menarik musim ini.

Katanya, Sabah yang mendapat `bye’ pada pusingan pertama akan buat persiapan sewajarnya untuk memberi tentangan habis-habisan kepada lawan yang berstatus sebagai antara pasukan terbaik negara ketika ini dari segi pemain, pengurusan dan kewangan.

Pertemuan itu ditentukan menerusi undian pada Isnin lalu dan perlawanan kalah mati itu dijadualka­n berlangsun­g di Stadium Likas pada 2 atau 3 Mac depan.

“Apabila sudah diundi begitu, apa lagi yang kita boleh buat melainkan kita lawan habis-habisan, dalam bola sepak apapun boleh berlaku. Tentunya JDT adalah pasukan pilihan tetapi ia adalah perkara biasa dalam bola sepak, pasukan bukan pilihan menewaskan pasukan pilihan.

“Kalau kita lihat di luar negara bagi saingan kalah mati, pasukan dari liga bawahan pun boleh singkirkan pasukan liga atasan. Inilah yang akan cuba kita lakukan pada perlawanan itu nanti,” kata Jelius ketika dihubungi di Selangor pada Selasa.

Sabah menentang Felcra untuk saingan Liga Premier di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi.

Katanya, tiada istilah takut dalam kamusnya selaku jurulatih dan beliau mahu istilah itu juga tidak ada dalam kamus skuad bimbingann­ya.

“Kita pun buat persiapan dan berlatih. Tiada apa yang perlu ditakutkan. Kalau takut, lebih baik jangan main bola. Kalau belum main pun sudah takut bermakna kita

sudah awal-awal mengaku kalah. Sikap atau perasaan seperti ini tidak perlu.

“Undian telah menetapkan kita jumpa JDT, jadi kita kena lawan mereka habishabis­an. Apapun, kita akan fikirkan perkara ini apabila tiba masanya, sekarang ini fokus kita kepada saingan liga dahulu,” katanya.

Sabah membuat permulaan terbaik pertama musim ini selepas beberapa tahun mengecewak­an apabila membelasah Terengganu FC II 4-0 pada saingan Liga Premier di Stadium Likas pada Jumaat lalu.

Jelius berkata, usaha akan dilakukan bagi membolehka­n Sabah mencapai setinggi mungkin dalam semua saingan Liga Malaysia musim ini sama ada di Liga Premier, Piala FA atau Piala Malaysia.

Sebagai rekod Sabah kandas di suku akhir pada saingan Piala FCA pada musim 2016 dan 2017, gagal ke saingan Piala Malaysia dan menduduki tangga ketujuh di kalangan 12 pasukan Liga Premier musim lalu.

Sabah adalah bekas juara Piala FA 1995 selepas dikecewaka­n Kuala Lumpur di perlawanan akhir dua musim sebelumnya.

Sabah kemudianny­a melakar sejarah lagi apabila muncul juara Liga Perdana (liga utama negara ketika itu) pada 1996 tetapi masih kempunan gelaran juara Piala Malaysia walaupun tiga kali berjaya ke final pada 1996, 2002 dan 2003.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia