Utusan Borneo (Sabah)

UMS tambah dua pingat perak SUKIPT

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Universti Malaysia Sabah (UMS) tambah dua pingat perak pada hari keempat Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor pada Selasa.

Pingat perak itu dimenangi Cristina Ideris dalam acara silat tanding Kelas E wanita dan JI Fedalliah Claritta Jaimin dalam acara lompat jauh wanita.

Cristina yang juga disifatkan sebagai `Iron Lady’ UMS kerana beliau juga adalah atlet ragbi, bola jaring dan karate gagal mempertaha­nkan pingat emasnya apabila seranganny­a tidak dibenarkan dalam satu insiden sehingga menyebabka­n lawan tidak dapat meneruskan perlawanan.

“Ketika itu Cristina sedang mendahului dua mata tetapi apabila seranganny­a itu tidak dibenarkan, lawan yang tidak dapat meneruskan perlawanan itu diberikan kemenangan,” kata Pengarah Pusat Sukan UMS, Mohd Asyraaf Fong ketika dihubungi.

Cristina akan membawa cabaran UMS dalam acara karate pula hari ini.

Tambahan dua pingat perak itu menjadikan pingat keseluruha­n UMS sehingga Selasa kepada 1 emas, 5 perak dan 1 gangsa. Pingat lain dimenangi skuad taekwondo pada hari pertama perlawanan.

UMSyanghan­yamenghant­ar kekuatan 18 atlet dan tujuh pegawai mensasarka­n 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa pada sukan yang telah bermula pada 3 Februari tu.

UMS hanya mengambil bahagian enam acara sukan iaitu taekwondo, silat, karate, olahraga, boling tenpin dan petanque.

Sukanyanga­kanberlang­sung sehingga 10 Februari itu mempertand­ingkan 27 jenis sukan.

Sukan lain yang dipertandi­ngkan adalah ragbi, sofbol, boling padang, kriket, bola sepak, hoki enam sebelah, badminton, ping pong, catur, bola tampar, lawan pedang, sepak takraw, skuasy, bola jaring, golf, tenis, bola tampar pantai, berbasikal, menembak, memanah dan renang.

Sukan itu disertai lebih 100 pasukan melibatkan semua IPT awam dan swasta, kolejkolej universiti, politeknik dan kolej komunit di negara ini.

 ??  ?? JI FEDALLIAH
JI FEDALLIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia