Utusan Borneo (Sabah)

KK sapu bersih Kejohanan Golf MSSM PKT Barat 2018

- Oleh DESMOND QWEK

KOTAKINABA­LU:Pasukan Kota Kinabalu menyapu bersih kesemua enam gelaran juara semasa Kejohanan Golf MSSM PKT Barat 2018 yang berlangsun­g di Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK) pada Jumaat.

Aksi hebat pemain-pemain ibu negeri menyaksika­n mereka menjuarai pertanding­an peringkat umur 18, 15 dan 12 tahun ke bawah kategori lelaki dan perempuan.

Pemain tidak asing lagi Christophe­r Daniel James mengepalai senarai juara selepas memenangi persaingan peringkat umur 18 tahun ke bawah lelaki dengan kelebihan selesa tiga pukulan.

Aksi 81 pukulan membolehka­n beliau mengatasi naib johan Muhd Zaeem Mohd Yasin yang mencatat 84 pukulan sambil Khubaib Matning dengan catatan 90 pukulan menduduki tempat ketiga.

Untuk kategori perempuan peringkat umur yang sama pula menyaksika­n Chew I Youn muncul selaku juara selepas mencatat 77 pukulan untuk mengatasi rakan sepasukan yang juga naib johan Charlayne Chong Shin Ling menerusi kelebihan dua pukulan, sambil Valerie Vanessa Langkab juga dari Kota Kinabalu (KK) yang mencatat 82 pukulan menduduki tempat ketiga.

Persaingan peringkat umur 15 tahun ke bawah lelaki yang berlangsun­g sengit juga menyaksika­n tiga kedudukan terbaik dimenangi oleh para pelatih KK di mana, Bryan William James muncul selaku juara selepas melalui Kiraan Semula (OCB) mengatasi naib johan Ampuan Ikram Shah yang turut mencatat 80 pukulan, sambil Timorthy Lo Thien Ming dengan aksi 81 pukulan menduduki tempat ketiga.

Kategori perempuan pula menyaksika­n Nabila Alifuddin muncul selaku juara selepas mencatat 83 pukulan untuk kelebihan selesa lapan pukulan mengatasi naib johan Yong Ker Ling dari Tuaran yang mencatat 91 pukulan sambil Irsalina Akmadin (KK) menduduki tempat ketiga dengan catatan 96 pukulan.

Persaingan peringkat umur 12 tahun ke bawah yang melibatkan sembilan lubang sahaja menyaksika­n kategori lelaki dijuarai oleh Benedict Wong Zhen Guang dengan catatan 38 pukulan.

Shawn Lam Tse Zhen muncul selaku naib johan menerusi OCB mengatasi pemenang tempat ketiga David Richard Mills yang turut mencatat 43 pukulan untuk memastikan tiga kedudukan terbaik dalam kategori itu milik KK.

Aksiterakh­iruntukkat­egori perempuan menyaksika­n Dynneva Joyce Donni muncul selaku juara selepas mencatat 53 pukulan untuk mengatasi dua rakan sepasukan lain iaitu naib johan Rachel Kenny Wong JiaYi yang mencatat 57 pukulan sambil Shah Izzati Maisarah yang mencatat 61 pukulan menduduki tempat ketiga.

 ??  ?? PARA pemain dan pegawai merakam kenangan sebelum Kejohanan Golf MSSM PKT Barat 2018 bermula di NGRK pada Jumaat.
PARA pemain dan pegawai merakam kenangan sebelum Kejohanan Golf MSSM PKT Barat 2018 bermula di NGRK pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia