Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan dapat manfaat

Galleria Artisan dapat pengiktira­fan, akan buka satu lagi outlet baharu

- Oleh YAP SIONG HAN

PUSAT Kraftangan Sabah (PKS) akan mengorak langkah ke hadapan dengan mewujudkan sebuah lagi outlet pemasaran di bangunan Pejabat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) tidak lama lagi.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata ia akan dilaksanak­an melalui syarikat pemasarann­ya, Kristal Handal Sdn. Bhd.

“Dengan pewujudan outlet baru ini, dijangka 100 usahawan kraf terpilih di Sabah akan mendapat limpahan manfaat kerana outlet ini merupakan platform membantu usahawan luar bandar yang mempunyai produk premium untuk dipasarkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengiktira­fan Akreditasi Perniagaan Saksama Dalam Pelanconga­n (Kraftangan dan Cenderaken­angan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Kota Kinabalu pada Selasa. Hadir sama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki dan Ahli Lembaga Penasihat merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Perhubunga­n Antarabang­sa DBKK Datuk Nancy Ho dan Pengurus Kumpulan Pusat Kraftangan Sabah Zaiton Bakri.

Sapawi juga berkata PKS dan Kristal Handal Sdn. Bhd. berjaya melonjakka­n nama dan produk dihasilkan adalah setanding dengan pengusaha kraf yang telah lama menapak dalam industri ini.

Katanya, ia terbukti apabila PKS diberi pensijilan Batik Malaysia MS 692: 2007 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) cawangan Kota Bharu, Kelantan pada 9 November 2015 dan merupakan satu-satunya pengeluar batik dari Sabah yang mendapat pensijilan tersebut.

Selain itu, katanya, dengan kerjasama SIRIM Berhad PKS berjaya mendapat anugerah pembungkus­an Malaysia Good Design Mark pada tahun 2014.

“Kini pada tahun 2018, sekali lagi PKS melalui Galleria Artisan mendapat pengiktira­fan dari pihak DBKK iaitu Pensijilan Akreditasi Perniagaan Saksama Dalam Pelanconga­n (Kraftangan dan Cenderaken­angan),” katanya.

Beliau percaya dengan adanya Sijil Akreditasi itu memberi manfaat dan suntikan semangat kepada Galleria Artisan untuk terus maju ke hadapan dalam mencapai kecemerlan­gan dalam industri kraftangan dan batik, sekali gus menaikkan lagi permintaan hasil kraf.

Menurutnya, melalui pengiktira­fan itu juga, Galleria Artisan bakal meletakkan Menara Tun Mustapha sebagai salah satu destinasi pelanconga­n di negeri Sabah yang wajib dikunjungi oleh pelancong dalam mahupun luar negara.

Galleria Artisan merupakan outlet pemasaran kraftangan dan batik yang dikendalik­an oleh Kristal Handal Sdn. Bhd., anak syarikat Innoprise Corporatio­n Sdn. Bhd. dan juga merupakan cabang pemasaran produk kraftangan PKS.

Antara lain matlamat utamanya ialah membantu PKS memasar, mempromosi dan membangun pelbagai produk kraftangan dan batik para peserta dan usahawan di bawah seliaan PKS.

Satu lagi galeri jualan yang dikendalik­an oleh Kristal Handal Sdn. Bhd., adalah Gambus Retail Shop yang terletak di Pusat Kraftangan Sabah, Keningau.

“Dengan pewujudan outlet baru ini, dijangka 100 usahawan kraf terpilih di Sabah akan mendapat limpahan manfaat kerana outlet ini merupakan platform membantu usahawan luar bandar yang mempunyai produk premium untuk dipasarkan. ”

DATUK SAPAWI AHMAD Pengarah Yayasan Sabah

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) SAPAWI (dua kiri) memerhatik­an Yeo meletakkan Logo Akreditasi di Galleria Artisan di majlis itu.
(Gambar kiri) SAPAWI (enam kiri) dan Yeo (enam kanan) bergambar kenangan di hadapan Galleria Artisan bersama ahli lembaga penasihat DBKK,...
(Gambar atas) SAPAWI (dua kiri) memerhatik­an Yeo meletakkan Logo Akreditasi di Galleria Artisan di majlis itu. (Gambar kiri) SAPAWI (enam kiri) dan Yeo (enam kanan) bergambar kenangan di hadapan Galleria Artisan bersama ahli lembaga penasihat DBKK,...
 ??  ??
 ??  ?? YEO (kiri) dan Sapawi (kanan) tertarik melihat produk batik dalam Galleria Artisan di Menara Tun Mustapha.
YEO (kiri) dan Sapawi (kanan) tertarik melihat produk batik dalam Galleria Artisan di Menara Tun Mustapha.
 ??  ?? (Gambar atas) YEO (dua kiri) menyampaik­an sijil akreditasi kepada Sapawi (dua kanan).
(Gambar atas) YEO (dua kiri) menyampaik­an sijil akreditasi kepada Sapawi (dua kanan).
 ??  ?? (Gambarkiri)SAPAWIbers­amaYeodanR­osmatimera­kamkan kenangan bersama tetamu yang hadir di majlis itu.
(Gambarkiri)SAPAWIbers­amaYeodanR­osmatimera­kamkan kenangan bersama tetamu yang hadir di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia