Utusan Borneo (Sabah)

JKM ada prosedur lindungi kanak-kanak dari didera ibu-bapa atau penjaga

-

SINTOK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai prosedur tertentu untuk melindungi kanak-kanak darii terus didera dan diabaikan oleh ibu-bapa serta penjaga.

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Mohd Fazari Mohd Salleh berkata, kebanyakan masyarakat masih tidak mengetahui perkara itu sehingga ada antara mereka membiarkan kejadian tersebut berlaku dan berasa ragu-ragu untuk melaporkan­nya kepada pihak berkuasa.

“Apabila kanak-kanak itu terdedah kepada perkara negatif, memang kita boleh menyelamat­kan dan meletakkan mereka di institusi kita tetapi itu langkah terakhirla­h.

“Kita sebenarnya boleh bawa kes-kes itu ke mahkamah sama ada meletakkan mangsa di pusat jagaan kita atau kepada orang yang layak seperti datuk, nenek, atau bapa saudara untuk menjaga kanak-kanak terlibat,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sijil Eksekutif 2018 di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, pada Selasa.

Seramai 74 pegawai dari JKM menerima Sijil Eksekutf Praktis Kerja Sosial (SPEC) yang disampaika­n Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Mohamed Mustafa turut menyampaik­an Sijil Eksekutif Intervensi Parol kepada 40 pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia,

Sementara itu, Mohd Fazari berkata, pihakya menyaranka­n agar masyarakat setempat mewujudkan sistem sokongan sosial di kampung-kampung agar kes-kes seumpama itu mudah dikesan dan diatasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia