Utusan Borneo (Sabah)

MDLBS akan kaji semula undang-undang kecil pelesenan anjing

-

SIBU: Bagi menguat kuasa dan mengetatka­n undang-undang pemilikan haiwan peliharaan terutama anjing, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan mengkaji semula undang-undang kecil pelesenan anjing yang lapuk.

Pengerusin­ya Sempurai Petrus Ngelai berkata, pihaknya ketika ini hanya mampu menasihati pemilik haiwan peliharaan supaya mendaftar dan melesenkan anjing peliharaan mereka.

Tegasnya, adalah penting bagi pemilik anjing melesenkan anjing mereka dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar data dan rekod dapat disimpan, lebih-lebih lagi dalam situasi penularan virus rabies pada masa kini.

“Pada masa ini, polisi kamo sudah sangat lama dan lapuk, malah kami tidak mempunyai kuasa untuk menghukum orang awam yang tidak melesenkan anjing mereka.

“Kami hanya mampu mengikut prosedur operasi standard (SOP) umum terutama selepas (anjing liar) ditangkap unit penangkapa­n anjing kami.

“Di sini, kami tidak mempunyai prosedur yang betul mengenai apa yang seharusnya dilakukan pihak majlis selepas itu.

“Jadi inilah perkara yang perlu disemak semula,” kata Sempurai pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Hadir sama Pemeriksa Kesihatan MDLBS Mathiew Paran.

Sempurai menjelaska­n bahawa apabila undang-undang kecil dikaji semula, ia perlu dihantar kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk tindakan selanjutny­a.

Beliauturu­tmenekanka­nbahawasim­panan rekod dan data anjing yang telah dilesenkan amat berguna pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia