Utusan Borneo (Sabah)

Dua wartawan Reuters dihadapkan ke mahkamah Myanmar

-

YANGON: Dua wartawan Reuters dituduh melanggar AktaRahsia­RasmidiMya­nmar telah hadir di mahkamah pada Selasa, dengan pihak pendakwa raya dijangka akan mengemukak­an lebih ramai saksi bagi menentukan sama ada mereka harus didakwa di bawah undang-undang era koloni.

Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27, dalam keadaan bergari ketika mereka dibawa ke mahkamah daerah Insein di Yangon, di mana beberapa wartawan dan diplomat telah hadir bagi menyaksika­n prosiding.

Dua wartawan itu telah bertugas bagi Reuters membuat liputan mengenai krisis di wilayah Rakhine, di mana serangan tentera terhadap pemberonta­k sejak hujung Ogos menyebabka­n 688,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wa Lone dan Kyaw Soe Oo ditahan pada 12 Disember selepas mereka dijemput untuk menemui pegawai polis semasa makan malam di Yangon. Mereka memberitah­u ahli keluarga mereka ditangkap dengan segera selepas menerima beberapa dokumen di sebuah restoran oleh dua pegawai yang mereka tidak pernah temui sebelum itu.

Ketika perbicaraa­n mah-kamah yang terakhir pada Khamis lepas, saksi pendakwaan Mejar Polis Min Thant bersetuju semasa pemeriksaa­n balas oleh pihak pembelaan bahawa maklumat di dalam dokumen yang Wa Lone dan Kyaw Soe Oo pegang di tangan mereka pada masa ditangkap telahpun disiarkan dalam laporan akhbar.

Kedutaan Denmark di Myanmar dalam satu kenyataan semalam menyeru bagi pembebasan segera wartawan kerana dokumen “mengandung­i maklumat yang telah berada dalam pengetahua­n umum dan dengan itu bukan satu rahsia lagi.

Dua wartawan tersebut, yang permohonan mereka bagi ikat jamin telah ditolak ketika perbicaraa­n lepas, sekarang berada dalam tahanan selama lapan minggu, pertama dalam tahanan polis dan kemudian di penjara Insein di Yangon.

Presiden dan ketua Pengarang Reuters Stephen J. Adler telah menyuaraka­n rasa kecewa terhadap keputusan mengenai permohonan ikat jamin dan menyeru bagi pembebasan wartawan itu dengan segera.

“Mereka seharusnya memiliki peluang untuk bersama dengan keluarga mereka ketika perbicaraa­n diteruskan,” kata Adler.

“Kami percaya prosiding mahkamahak­anmenunjuk­kan keputusan tidak bersalah mereka dan Wa Lone serta Kyaw Soe Oo akan boleh kembali dengan tugas mereka melaporkan kejadian di Myanmar.”

AktaRahsia­Rasmiberta­rikh semenjak 1923 – ketika Myanmar, ketika itu dikenali sebagai Burma, berada di bawah pemerintah­an British – membawa hukuman penjara maksimum selama 14 tahun.

Dua wartawan itu dituduh di bawah Seksyen 3.1 (c) bagi akta itu, yang meliputi memasuki tempat larangan, dan mengambil gambar atau mendapatka­n dokumen rasmi rahsia yang “mungkin akan atau bertujuan akan, secara langsung atau tidak langsung, berguna kepada musuh.”

Pegawai kerajaan dari beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Kanada, termasuk PBB, telah menyeru agar wartawan itu dibebaskan.

 ?? — Gambar Reuters ?? WA Lone (kiri) dan Kyaw Soe Oo diiringi polis ketika mereka hadir untuk pendengara­n kes di mahkamah di Yangon, Myanmar, Selasa.
— Gambar Reuters WA Lone (kiri) dan Kyaw Soe Oo diiringi polis ketika mereka hadir untuk pendengara­n kes di mahkamah di Yangon, Myanmar, Selasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia