Utusan Borneo (Sabah)

Helikopter tentera Jepun terhempas

-

Anggota badan pembantu juruterban­g ditemui manakala juruterban­g masih hilang

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun semalam menemui anggota badan semasa pencarian bagi anggota kru yang hilang dalam nahas maut helikopter tentera di barat daya negara ini.

Helikopter Apache itu terhempas kelmarin di sebuah kawasan perumahan di wilayah Saga, mengorbank­an pembantu juruterban­g Hiroki Takayama dan meninggalk­an juruterban­g utama Kenichi Saito masih hilang.

“Kami telah dimaklumka­n bahawa satu anggota badan ditemui. Namun kami masih cuba mengesahka­n identiti anggota badan tersebut,” jurucakap kementeria­n pertahanan memberitah­u AFP.

Helikopter itu terhempas di wilayah Saga tujuh minit selepas berlepas, terhempas ke atas dan membakar sebuah rumah yang musnah sepenuhnya dalam kemalangan itu.

Seorang budak perempuan berusia 11 tahun telah berada di dalam rumah pada masa itu, namun terselamat dengan mengalami kecederaan ringan.

Rakaman video oleh sebuah kamera di dalam sebuah kereta berhampira­n menunjukka­n helikopter itu terjatuh dari langit secara menegak, dengan bahagian depannya menuju terus ke arah bawah.

Kawasan nahas adalah hanya 300 meter dari sebuah sekolah rendah tempatan dan mengeluark­an kepulan asap kelabu tebal ke udara dari celah bumbung rumah.

Helikopter serangan AH64 Apache telah melakukan penerbanga­n ujian selepas penyelengg­araan rutin pada masa kemalangan, dan berlepas dari pangkalan Pasukan Pertahanan Diri (SDF), menurut kementeria­n pertahanan.

Perdana Menteri Shinzo Abe berkata kerajaanny­a akan menyiasat insiden itu.

“Ia adalah sangat dikesali di mana SDF, yang seharusnya melindungi nyawa rakyat dan kehidupan secara aman, mengancam keselamata­n mereka serta menyebabka­n kerosakan teruk,” kata beliau pada sesi parlimen.

“Saya memohon maaf dengan seikhlasny­a,” tambah Abe.

Pihak kementeria­n pertahanan menyatakan ia telah menangguhk­an penerbanga­n bagi kesemua 12 helikopter AH-64 untuk pemeriksaa­n.

Insiden itu mengimbas semula kenangan bagi satu nahas 2016 di mana sebuah jet pasukan tentera udara Jepun dengan seramai enam orang di dalamnya telah hilang di kawasan lembah pergununga­n.

Mayat mereka kemudian ditemui.

Terdapat juga satu rangkaian kemalangan melibatkan beberapa helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) yang menimbulka­n bantahan terhadap kehadiran mereka di negara itu.

Kejadian terbaharu adalah sebuah helikopter UH-1 yang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan pada bulan lepas di selatan Jepun di pulau Okinawa.

SDF di Jepun telah diharamkan dari melakukan sebarang bentuk serangan melibatkan pertahanan negara sejak perlembaga­an 1947 yang dikemukaka­n oleh AS diikuti dengan pembunuhan beramai-ramai dalam Perang Dunia Kedua.

Namun di sebalik had terhadap skop untuk aktiviti ketenteraa­nnya, Jepun bagaimanap­un berbangga dengan satu pameran bagi persenjata­an yang menakjubka­n dengan kakitangan yang sangat terlatih. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR dirakam dari udara menunjukka­n rumah yang musnah selepas helikopter tentera Jepun terhempas di kawasan perumahan di Kanzaki, wilayah Saga pada Selasa.
— Gambar AFP GAMBAR dirakam dari udara menunjukka­n rumah yang musnah selepas helikopter tentera Jepun terhempas di kawasan perumahan di Kanzaki, wilayah Saga pada Selasa.
 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA Pasukan Pertahanan Diri Jepun berdiri dekat serpihan helikopter tentera yang terhempas di Kanzaki, wilayah Saga.
— Gambar AFP ANGGOTA Pasukan Pertahanan Diri Jepun berdiri dekat serpihan helikopter tentera yang terhempas di Kanzaki, wilayah Saga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia