Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak kaunter disediakan bayar kompaun

-

KOTA KINABALU: Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai memberitah­u pihaknya telah menyediaka­n kaunter tambahan untuk orang ramai memeriksa dan membuat bayaran kompaun kupon dan tunggakan tiket letak kereta sepanjang tempoh pengampuna­n yang akan berakhir pada 9 Februari 2018.

Katanya Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta (CPMD), DBKK Holdings Sdn Bhd akan membuka lebih banyak kaunter, selain kaunter sedia ada di pusat bandar, yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kaunter-kaunter berkenaan ialah Kaunter DBKK No. 10, 11 dan 12 di tingkat bawah bangunan DBKK.

“Lima kaunter tambahan di kawasan depan bangunan DBKK, Kaunter DBKK di tingkat 7 Centre Point Sabah, Kaunter DBKK Holdings Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta (CPMD) di tingkat 1 KK Plaza dan Kaunter DBKK @UTC di tingkat 6 Menara UTC,” katanya.

Tambahnya lima lagi kaunter tambahan disediakan di Dewan Serbaguna Damai.

Selain itu, kiosk/pondok DBKK Holdings telah dibuka di Bandar Baru Inanam, Lido, Lintas Plaza dan Jalan Gaya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubung­i Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta, DBKK Holdings Sdn Bhd di talian 088-270181/270182, Faks: 270187 atau layari Tingkat 1 KK Plaza Shopping Complex.

Sementara itu, kompaun letak kereta DBKK juga boleh dibayar melalui atas talian di https://eservices.dbkk.sabah.gov.my/compounds.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia