Utusan Borneo (Sabah)

Penciptaan pekerjaan di Malaysia kukuh

-

KOTA KINABALU: Penciptaan pekerjaan di Malaysia seiring dengan prestasi ekonomi negara yang kukuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, sebanyak 2.26 juta pekerjaan tercipta sejak 2010 sehingga 2016 di mana 679,300 daripadany­a adalah pekerjaan berkemahir­an tinggi.

Katanya, sektor perkhidmat­an mencatatka­n penciptaan pekerjaan tertinggi dengan 1.78 juta sejajar dengan sumbangan sektor perkhidmat­an kepada ekonomi negara yang tertinggi iaitu 54 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Dengan penciptaan pekerjaan yang kukuh, Malaysia berjaya mengekalka­n kadar guna tenaga penuh dengan kadar penganggur­an kekal rendah pada 3 hingga 3.5 peratus.

“Pencapaian cemerlang ini adalah hasil Program Transforma­si Ekonomi yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2010.

“Dalam masa yang sama, kerajaan juga telah melaksanak­an beberapa inisiatif untuk mengurangk­an kadar penganggur­an dalam kalangan graduan universiti dan belia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Abdul Rahman berkata, sejak 2011 kerajaan telah memperkena­lkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang telah membantu 130,000 graduan universiti untuk meningkatk­an kebolehpas­aran mereka dalam pasaran pekerjaan.

“Hasilnya, lebih 90 peratus pelatih SL1M telah mendapat pekerjaan sama ada dengan syarikat di mana mereka menjadi pelatih atau syarikat lain,” katanya.

Katanya, di bawah TalentCorp, terdapat juga program seperti Graduate-Career Accelerate­d Program (GCAP), program latihan enam minggu yang bertujuan mentransfo­rmasi graduan kepada eksekutif berprestas­i tinggi untuk industri perkhidmat­an dan Graduate Employabil­ity Management Scheme (GEMS) yang bertujuan menyediaka­n graduan universiti yang tidak mempunyai pekerjaan dengan kemahiran industri yang relevan dan pengalaman melalui kaedah penempatan dan latihan.

Selain daripada program peningkata­n kemahiran dan latihan semula kemahiran, terdapat geran untuk program, dana kajian dan pengkomers­ilan serta dana pelaburan permulaan untuk perniagaan baharu, dan terdapat juga dana khas untuk belia Malaysia yang memilih untuk menceburi bidang keusahawan­an.

Abdul Rahman berkata, Tabung Usahawan Belia adalah salah satu tabung yang diperkenal­kan oleh kerajaan melalui SME Bank.

“Dengan kadar faedah yang rendah, SME Bank menyediaka­n peluang pembiayaan setinggi RM100,000 dan Tabung Usahawan Siswazah menyediaka­n skim pinjaman mudah ditujukan kepada graduan,” katanya.

Katanya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri akan terus memastikan pertumbuha­n ekonomi Malaysia kukuh dan stabil untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat kerana pertumbuha­n ekonomi yang kukuh tidak bermakna sekiranya ia tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Sebagai kerajaan yang bertanggun­gjawab, Barisan Nasional akan terus menyediaka­n penyelesai­an dan mencari peluang untuk memastikan lebih banyak rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan dan dalam masa yang sama menyediaka­n bakat bertaraf dunia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia