Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk setiakawan antara dua jiran

Badminton persahabat­an Kelab Wira Jaya, Veteran Bengkurong Brunei DS jana gaya hidup sihat

-

KOTA KINABALU: Budaya bersukan dan gaya hidup sihat merupakan cara terbaik untuk meningkatk­an kualiti kesihatan.

“Aspek kesihatan merupakan kualiti fizikal, psikologik­al dan sosial membolehka­n kita menguruska­n diri sendiri dan juga orang lain,” kata Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) Janih Bangud.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menerima kunjungan Pasukan Badminton Veteran Bengkurong dari Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh

Hj. Mohd Alidin Hj.

Kura di Dewan Lokkawi Height, Sabindo di sini baru-baru ini. Dalam kunjungan itu, Pasukan Badminton Veteran Bengkurong telah mengadakan badminton persahabat­an bersama Kelab Wira Jaya. Katanya, program seumpama ini mampu membantu warga veteran khususnya untuk terus konsisten mengamalka­n gaya hidup sihat dan aktif selain merupakan satu pendekatan dalam menjadikan kita sentiasa cergas, sihat, aktif berdisilpl­in dan berdaya tahan. Menurut Janih, melalui sukan juga akan dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dan mengeratka­n hubungan integrasi berbilang kaum di negara ini.

Beliau merakamkan syabas dan tahniah kepada semua ahli Kelab Wira Jaya atas usaha yang gigih serta komitmen yang jitu dan padu dalam menjayakan misi perlawanan persahabat­an antara pasukan dari Negara Brunei Darussalam bersama Kelab Wira Jaya.

Katanya, kunjungan itu juga akan dibalas menerusi perlawanan persahabat­an secara timbal balik ke Negara Brunei suatu masa kelak.

Terdahulu, Pegawai Daerah Papar Adnan Haji Atin yang juga Penasihat

Kelab Wira Jaya berkata, perlawanan persahabat­an ini mampu memupuk dan merapatkan hubungan antara dua buah pasukan

yang berjiran khususnya dari Negara Brunei Darussalam. Katanya, perlawanan persahabat­an ini bukan sematamata untuk mencari pemenang, namun ianya dilihat sebagai platform untuk memupuk semangat setiakawan selain mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­an antara semua pemain yang terlibat. Sementara itu Pengurus Pasukan Veteran Bengkurong Hj.Mohd Alidin Hj.Kura merakamkan rasa terharu dan terima kasih atas sokongan dan sambutan meriah selain kehadiran Janih Bangud dan Adnan Hj. Atin serta Pengarah Kejohanan SBA Golubi Guntarek yang sama-sama menjayakan misi perlawanan persahabat­an ini.

JANIH bersama Hj.Said, salah seorang pemain pasukan Bengkurong.

 ??  ?? JANIH (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Hj.Alidin.
JANIH (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Hj.Alidin.
 ??  ?? HJ.Alidin dan Hj.Hamid dari Pasukan Bengkurong merakamkan gambar bersama Adun Kawang Datuk Hj.Ghulam Haidar Khan Bahadar. Turut kelihatan, PPM Kawang Datuk Juil Nuatim (tiga kanan) dan Sidek Kolo (kanan).
HJ.Alidin dan Hj.Hamid dari Pasukan Bengkurong merakamkan gambar bersama Adun Kawang Datuk Hj.Ghulam Haidar Khan Bahadar. Turut kelihatan, PPM Kawang Datuk Juil Nuatim (tiga kanan) dan Sidek Kolo (kanan).
 ??  ??
 ??  ?? ADNAN (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Hj. Alidin sambil disaksikan oleh Golubi.
ADNAN (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Hj. Alidin sambil disaksikan oleh Golubi.
 ??  ?? JANIH sedang menerima cenderahat­i dari Adnan sambil diperhatik­an oleh Buchu, Golubi dan Hj.Alidin.
JANIH sedang menerima cenderahat­i dari Adnan sambil diperhatik­an oleh Buchu, Golubi dan Hj.Alidin.
 ??  ?? PASUKAN Bengkurong merakamkan gambar bersama Janih, Adnan dan Golubi.
PASUKAN Bengkurong merakamkan gambar bersama Janih, Adnan dan Golubi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia