Utusan Borneo (Sabah)

Labuan: Merah kekalkan kejuaraan Olahraga

Kejohanan Sukan Tahunan SK Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlan­gan)

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlan­gan) telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan di Kompleks Sukan Labuan pada Ahad lalu yang telah disempurna­kan perasmiann­ya oleh Guru Besar SK Rancha-Rancha Norinnie Kassim.

Majlis dimulai dengan acara balapan di mana sebanyak lima jenis acara balapan peringkat akhir telah dipertandi­ngkan mengikut kategori lelaki dan perempuan bagi murid Tahap 2, Tahap 1 dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru bagi murid Tahap 2 kategori lelaki dan perempuan telah diadakan pada 31 Januari di padang sekolah.

Kejohanan Olahraga kali ini dimenangi oleh pasukan Rumah Merah yang telah mengekalka­n kejuaraan buat kali keempat berturuttu­rut selepas mengumpul 11 emas, 13 perak dan 9 gangsa.

Manakala naib johan Rumah Kuning dengan 10 emas, 11 perak dan 9 gangsa manakala tempat ketiga Rumah Biru (5-2-8).

Rumah Kuning yang bertemakan ‘Harimau’ menjuarai acara perbarisan, kedua Rumah Merah dan ketiga Rumah Biru.

Atlet Rumah Merah Danish Haiqal Abd Rahman Hariet dinobatkan Olahragawa­n 2018 selepas memperoleh 5 emas melalui acara individu iaitu lompat tinggi, 200 meter dan 400 meter serta 4x100m dan 4x200m.

Manakala atlet Rumah Kuning Aliana Abdul Halik yang memperoleh­i 4 pingat emas menerusi acara lompat jauh, 200m, 400m serta 4x100m dan 4x200m di samping memperoleh perak bagi acara 100m dinobatkan sebagai Olahragawa­ti 2018.

Norinnie merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada PIBG dan ibu bapa serta guru-guru yang sentiasa komited dan bekerjasam­a dalam menjayakan Sukan Olahraga SKK Rancha-Rancha 2018.

 ??  ?? ALIANAH (kiri) dan Danish dinobatkan Olahragawa­ti dan Olahragawa­n 2018.
ALIANAH (kiri) dan Danish dinobatkan Olahragawa­ti dan Olahragawa­n 2018.
 ??  ?? NORINNIE (tengah) bersama pasukan Rumah Merah yang merangkul juara keseluruha­n pada temasya sukan SKK Rancha-Rancha 2018.
NORINNIE (tengah) bersama pasukan Rumah Merah yang merangkul juara keseluruha­n pada temasya sukan SKK Rancha-Rancha 2018.
 ??  ?? PASUKAN Rumah Kuning juara pertanding­an perbarisan.
PASUKAN Rumah Kuning juara pertanding­an perbarisan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia