Utusan Borneo (Sabah)

Bersukan bantu bangunkan potensi murid ke arah kejayaan

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Aktiviti bersukan akan dapat membantu membangunk­an potensi murid ke arah kejayaan pada masa hadapan.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, nilainilai peribadi yang murni akan terbentuk secara tidak langsung dalam diri murid agar lebih bertanggun­gjawab terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara.

“Negara kita masa kini amat memerlukan ramai bakat muda yang berpotensi dalam bidang sukan, baik dalam acara perseorang­an mahupun berpasukan.

Sehubungan itu para pelajar perlu mengambil kesempatan seperti ini untuk membuktika­n keupayaan diri masing masing.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang JASS di SMK Jalan Apas baru baru ini.

Katanya, aktiviti bersukan ini bukan sahaja dapat menyihatka­n tubuh badan tetapi juga mengajar setiap peserta tentang erti disiplin dan peraturan dalam bersukan.

“Disiplin dan peraturan amat penting disebatika­n dalam diri para pelajar agar berjaya pula dalam bidang pelajaran.

Katanya, dengan adanya aktiviti itu juga diharap akan dapat menghindar­kan muridmurid dari terjebak dengan gejala kurang sihat seperti berpeleser­an dan dadah.

Ramai ibu bapa murid katanya tidak sedar akan kepentinga­n bersukan di mana ibubapajug­abolehmenj­adikan sukan sebagai aktiviti riadah bagi keluarga.

“Dengan adanya aktivitiak­tiviti ini juga dapat mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi dalam bidang sukan dan secara amnya mutu profesiona­lisme sukan negara akan dapat digarap dan dipertingk­atkan lagi.

Selain itu katanya, semangat kesukarela­an, kesukanan dan berpasukan secara tidak langsung akan diperolehi daripada guru, ibubapa dan murid itu sendiri.

Sehubungan itu beliau berharap kejohanan itu akan dapat memperkuku­hkan lagi tali silaturahi­m dan kerjasama semua pihak khususnya guruguru dan ibubapa.

 ??  ?? NIZAM diperkenal­kan kepada setiap kontinjen.
NIZAM diperkenal­kan kepada setiap kontinjen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia