Utusan Borneo (Sabah)

SAMOC pada 28-29 April

-

KOTA KINABALU: Persatuan Olahraga Masters Sabah (Samas) akan menganjurk­an Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Sabah (SAMOC) 2018 dalam bulan April.

Presiden Samas Aliudin Jumaat semasa sidang media di ibu negeri pada Selasa berkata, kejohanan tahunan edisi ke-8 itu akan berlangsun­g di Stadium Likas bermula 2829 April.

“Kejohanan tahun ini akan melibatkan 34 acara iaitu masing-masing 17 acara untuk kategori lelaki dan wanita berumur 35 tahun ke atas.

“Selain itu, untuk memeriahka­n lagi kejohanan ini, pihak penganjur juga membuka perlumbaan acara 4x100 meter jemputan kumpulan umur iaitu untuk peringkat umur 20 tahun ke bawah, 20-29 tahun dan 3035 tahun kategori lelaki dan wanita,” jelas beliau.

“Tahun ini pihak penganjur meletak sasaran awal untuk menarik kira-kira 500 penyertaan mewakili lebih 30 pasukan termasuk penyertaan tempatan dan antarabang­sa.

“Berdasarka­n rekod penyertaan lalu dan minat ketika ini, kita penuh yakin untuk mencapai sasaran itu,” kata Aliudin sambil menambah kejohanan itu akan bermula 7.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Matlamat penganjura­n kejohanan ini ialah untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan atlet-atlet sukan berumur 35 tahun ke atas.

“Kejohanan ini akan menyediaka­n satu medan pertanding­an yang baik dan teratur untuk semua peringkat umur, dan...”

“Dalam masa yang sama, kejohanan ini juga akan menjadikan atlet-atlet masters Sabah lebih bersedia untuk menyahut cabaran lebih besar di peringkat antarabang­sa termasuk di Kejohanan Asia dan Dunia Masters,” katanya lagi.

Sepanjang tahun 2017, SAMOC memberi impak besar ke atas atlet Samas mencapaiba­nyakkejaya­anluar negara termasuk membawa pulang 132 pingat emas dari penyertaan di kejohanank­ejohanan antarabang­sa.

Di Masters Asia, atlet Sabah membawa pulang enam emas, enam perak dan lima gangsa, manakala di Kejohanan Dalam Bangunan Masters Dunia (WMACi) atlet Sabah menerusi Aliudin memenangi satu pingat perak.

“Selain menyediaka­n satu medan pertanding­an peringkat tinggi, kejohanan ini juga membantu dalam meningkatk­an sektor sukan pelanconga­n di mana sejak tahun 2013, kejohanan ini berjaya menarik kehadiran lebih 500 peserta bersama ahli keluarga ke Sabah setiap kali ianya diadakan.

“Untuk atlet-atlet Sabah, ianya juga akan dijadikan medan untuk mengukur kemampuan mereka sebelum mewakili Sabah menyertai Sukan Masters Asia Pasifik di Pulau Pinang bermula 7-15 September serta Kejohanan Olahraga Masters Dunia (WMAC) 2018 di Malaga, Sepanyol bermula 4-16 September.

 ??  ?? TIMBALAN Presiden Samas David William (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan penghargaa­n kepada Desmond Qwek selaku wakil kumpulan wartawan sukan Sabah sambil disaksikan oleh Aliudin semasa sidang media di Jalan Lintas pada Selasa.
TIMBALAN Presiden Samas David William (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan penghargaa­n kepada Desmond Qwek selaku wakil kumpulan wartawan sukan Sabah sambil disaksikan oleh Aliudin semasa sidang media di Jalan Lintas pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia