USDA Ranau anjur bola sepak 9 sebelah
Tawar hadiah wang tunai lebih RM20 ribu
RANAU: Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Double Knockout Piala Presiden USDA 2018 akan diadakan di Padang Majlis Daerah Ranau (MDR) pada 17 hingga 20 Mac depan.
Ketua Pemuda USDA merangkap pengerusi Ahli Jawatankuasa (AJK) penganjur Aliyu Zinin berkata kejohanan itu menawarkan hadiah menarik dengan juara bakal menerima wang tunai RM10,000 beserta piala dan medal.
Katanya, kejohanan yang julung kali diadakan itu akan menyaksikan kira-kira 100 pasukan bola sepak bakal bersaing merebut kejuaraan, bukan sahaja pasukan dari daerah Ranau tetapi juga dari seluruh negeri.
Menurutnya, penganjuran kejohanan itu bertujuan mengeratkan lagi silaturahim khasnya dalam kalangan semua ahli USDA di seluruh negeri, di samping mencungkil bakatbakat muda sekali gus memperkasakan pembangunan bola sepak di daerah ini.
Selain itu, beliau mahu adanya keterlibatan aktif anak muda (belia) dengan aktiviti kesukanan atau seumpamanya yang lebih positif, sekali gus membantu menjauhi gejala tidak sihat seperti penagihan dadah, vandalisme dan sebagainya.
“Kita mahu anak-anak muda aktif dengan aktiviti-aktiviti atau program yang sihat dan bermanfaat, bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi dalam masa yang sama menghindari mereka dengan gejala negatif seperti penagihan dadah, vandalisma, mahupun kegiatan yang sia-sia,” ujar Aliyu.
Beliau menjelaskan, setakat ini terdapat 70 pasukan sudah mengesahkan penyertaan untuk menyertai kejohanan tersebut dan pasukan lain berminat pastinya masih berpeluang untuk mengambil bahagian dan AHLI Jawatankuasa penganjur Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Double Knock Out Piala Presiden USDA 2018 di Ranau.
menyemarakkan penganjuran kejohanan tersebut.
Aliyu menambah, selain hadiah juara, naib juara bakal menerima wang tunai RM5,000 manakala tempat ke-3 dan ke-4 masing-masing bakal menerima RM3,000 dan RM2,000 di samping medal.
“Anugerah pasukan terbaik RM500, penjaring terbanyak, pemain terbaik dan pemain berpotensi serta penjaga gol terbaik sepanjang kejohanan, masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM200 bagi setiap pemenang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kejohanan tersebut dijangka dirasmikan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin yang juga Presiden USDA.
Kita mahu anak-anak muda aktif dengan aktiviti-aktiviti atau program yang sihat dan bermanfaat.
ALIYU ZININ Ketua Pemuda USDA