Utusan Borneo (Sabah)

Sabah contoh terbaik nilai perpaduan tinggi

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Sabah antara negeri di negara ini yang dijadikan contoh terbaik oleh pemimpin luar dan dalam negara kerana mempunyai nilai perpaduan tinggi yang perlu dipelihara oleh pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, ia bagi memastikan perpaduan di negeri ini yang mempunyai pelbagai keunikan, kepercayaa­n dan kebudayaan suku kaum serta agama yang bersatu padu diteruskan.

“Perpaduan ini menjadikan negeri ini terus maju dan harmoni di bawah kerajaan masa kini yang membawa pelbagai pembanguna­n kepada rakyat termasuk menjaga kebajikan persatuan setiap kaum,” katanya ketika berucap merasmikan Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Zon Bingkor di SK Pasir Putih, di sini pada Rabu.

Katanya, tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggun­gjawab cuba mempermain­kan isu perkauman perlu dihentikan kerana bukan sahaja membangkit­kan kemarahan rakyat malah akan memecahbel­ahkan perpaduan yang terjalin sejak sekian lama.

Dalam pada itu, SK Pasir Putih muncul johan keseluruha­n sekaligus mewakili Zon Bingkor ke majlis peringkat daerah manakala tempat kedua masing-masing dimenangi oleh SK Tuarid Taud dan SK Luagan.

Katanya, sebanyak lapan sekolah rendah Zon Bingkor mengambil bahagian pada majlis itu.

Terdahulu, Sairin yang juga Adun Liawan turut menyampaik­an anugerah kecemerlan­gan kepada 42 pelajar PT3 2017 bagi kawasan DUN Liawan yang diadakan di Dewan Salikawang Pusat Kraftangan Yayasan Sabah Keningau.

 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an sijil dan piala kepada SK Pasir Putih.
SAIRIN menyampaik­an sijil dan piala kepada SK Pasir Putih.
 ??  ?? SAIRIN bersama pelajar PT3 2017 yang menerima anugerah serta guru dan tetamu lain mengabadik­an gambar kenangan selepas majlis itu.
SAIRIN bersama pelajar PT3 2017 yang menerima anugerah serta guru dan tetamu lain mengabadik­an gambar kenangan selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia