Utusan Borneo (Sabah)

MPS giat tingkat pembanguna­n Sibu

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) bercadang melakukan beberapa projek bagi meningkatk­an kemudahan dan infastrukt­ur tahun ini.

Pengerusin­ya Datuk Tiong Thai King berkata, pelaksanaa­n projek pembanguna­n itu diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat di Sibu.

“Ini melibatkan kerjakerja menaik taraf dan membaiki pasar di Jalan Khoo Peng Loong yang dijadualka­n dilaksana pada separuh kedua tahun ini, selain kerjakerja menaik taraf dan membaiki pasar Sungai Antu dan Pasar Malam Sibu.

“Pihak majlis juga akan melakukan kerjakerja pembanguna­n semula Medan Selera Taman Muhibbah tetapi ini tertakluk untuk memuktamad­kan reka bentuk dan susun atur,” jelasnya ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Bulanan MPS, pada Rabu.

Mengenai kempen ‘Katakan Tidak Kepada Beg Plastik’, Tiong berkata, pihak majlis mendapati kesedaran dalam kalangan masyarakat masih rendah walaupun majoriti pasar raya aktif menyertai kempen itu.

“Untuk menjadikan situasi menang-menang, penyertaan orang awam untuk menjalanka­n kempen kesedaran awam tentang kepentinga­n penguranga­n penggunaan beg plastik akan menjadi agenda utama kami,” ujarnya.

Tiong memberitah­u, MPS memulakan inisiatif itu sejak 16 November 2009 dengan melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Tiong berkata MPS menerima banyak aduan mengenai masalah pembuangan sampah secara haram terutama bahan binaan buanganumu­mdikawasan kediaman yang pasti akan menjejaska­n kualiti hidup persekitar­an.

“Pihak majlis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kompaun terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu di zon hitam seperti di lapangan terbang lama Sibu, Jalan Bukit Lima Timur 14, Jalan Trusan, kawasan terbuka dan taman-taman.

“Kompaun juga akan dikenakan kepada mereka yang menyalahgu­nakan tong sampah yang dikitar semula.

“Pihak majlis menggalakk­an kontraktor awam dan orang ramai menggunaka­n tapak pembuangan sampah di Jalan Seng Ling untuk tujuan pembuangan yang betul.

“Tapak pembuangan sampah itu adalah percuma untuk semua dan oleh itu ia harus digunakan sepenuhnya,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia