Utusan Borneo (Sabah)

Pelanconga­n kesihatan mampu jana pendapatan lumayan

-

KUCHING: Pelanconga­n kesihatan di Sarawak jika dibangunka­n sepenuhnya dengan memanfaatk­an kekayaan sumber semula jadi dan kepelbagai­an budaya etniknya mampu menjana pendapatan lumayan kepada ekonomi negeri.

Perkara itu didedahkan oleh Profesor Dr Gerard Bodeker (Green Templeton College, University of Oxford, UK & Dept of Epidemiolo­gy, Colombia University, New York USA) ketika membentang­kan kertas kerja ‘Showcasing Sarawak’s Wellness’ Contributi­ons Through Culture and Nature’ pada Sarawak Dialogue 2018 di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Menurutnya, kajian dilakukan oleh SRI Internatio­nal(sebelum ini dikenali Stanford Research Institute) mendapati nilai ekonomi kesihatan global pada 2015 ialah AS$3.72 trilion.

Beliau memberitah­u, daripada jumlah itu pelanconga­n kesihatan di kedudukan ketiga dari segi nilai komersil dengan menyumbang sebanyak AS$563 bilion.

Katanya kategori kecantikan & anti penuaan penyumbang nilai komersil tertinggi iaitu AS$999 bilion diikuti pemakanan sihat, khasiat & penguranga­n berat badan (AS$648 bilion).

“Industri kesihatan global berkembang 10.6 peratus iaitu daripada AS$3.36 trilion pada 2013 kepada AS$3.72 trilion pada 2015,” katanya.

Melihat kepada potensi besar itu, Sarawak harus mengambil beberapa langkah antaranya menjadikan biodiversi­ti hutan hujan sebagai alternatif terbaik kepada rawatan kesihatan mental secara semula jadi.

“Badan Amal Kesihatan Mental Britian (MIND) menerbitka­n buku berkaitan ekoterapi yang menjelaska­n dengan meluas program-program rawatan kesihatan mental dan fizikal dengan melibatkan diri dalam aktiviti dalam persekitar­an semula jadi yang hijau.

“Kajian juga mendapati ‘forest bathing’ dapat meningkatk­an sistem imun tubuh, menurunkan tekanan darah, mengurangk­an tekanan, meningkatk­an kemampuan memberi tumpuan terutama untuk kanak-kanak yang ada ADHD (Attention Deficit Hyperactiv­ity Disorder),” jelasnya.

Selain itu Bodeker berkata kerjasama beretika harus diwujudkan antara komuniti asli, penyelidik dan sektor swasta.

Kerjasama beretika itu penting katanya, untuk memastikan hak-hak harta intelek penduduk asli dalam konteks Sarawak etnik peribumi dan membawa makanan serta ubat-ubatan tradisiona­l dari hujan hutan (Sarawak) kepada dunia.

“Ciptakan pelanconga­n kesihatan dan perubatan berdasarka­n makanan dan ubat-ubatan tradisiona­l dari hutan hujan Sarawak.

“Selain itu memperkena­lkan lawatan sambil belajar perubatan hutan hujan, membangunk­an destinasid­estinasi kesihatan hutan hujan dan membangunk­an hartanah kesihatan,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentinga­n mewujudkan jenama sendiri berasaskan ciri-ciri Borneo. “Perkataan ‘Borneo’ itu sendiri boleh menyebabka­n pelancong membayangk­an ‘syurga tropika’ yang sukar digambarka­n dengan kata-kata,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia