Utusan Borneo (Sabah)

Kehebatan sekumpulan doktor dalam ‘Medical Top Team’ isi slot Kristal TV2

-

DRAMA bersiri ‘Medical Top Team’ mengangkat kisah sekumpulan doktor yang dianggap terbaik dalam bidang mereka disatukan dalam satu kumpulan perubatan elit di Hospital Universiti Gwang Hae, berjuang untuk memastikan keajaiban berlaku dalam usaha merawat pesakit mereka.

Drama Korea ini sedang bersiaran mengisi slot Kristal di TV2, setiap Ahad hingga Selasa, jam 8.35 malam.

Penonton pastinya akan teruja dan berdebar menyaksika­n aksi sekumpulan doktor dalam misi menyelamat­kan pesakit mereka.

Siri 28 episod ini membariska­n pelakon terkenal Korea termasukla­h Kwon Sang-woo, Jung Ryeo-won, Ju Ji-hoon, Oh Yeon-seo, dan Choi Minho.

Kisahnya berkembang dengan watak utama Park Tae-shin, seorang doktor yang berbakat bekerja secara sukarela di Hospital Paran.

Dise-babkan tidak mampu menjelaska­n hutang tertunggak, Hospital Paran terpaksa ditutup.

Bagi menyelamat­kan Hospital Paran, Park Tae-shin harus menerima tawaran untuk menyertai program Medical Top Team di Hospital Universiti Gwang Hae.

Sementara itu, Seo Jooyoung yang bersiap sedia melakukan pembedahan pada seorang kanakkanak bernama Ba-wi tetapi dipanggil untuk melakukan pembedahan kecemasan pada seorang menteri.

Park Tae-shin ingin menggantik­an Seo Jooyoung tetapi dihalang oleh Han Seung-jae.

Dia seterusnya membantu dalam operasi pembedahan menteri tersebut bersamasam­a dengan Seo Joo-young dan Han Seung-jae.

Pembedahan itu berjaya dan semua berterima kasih sambil memuji Park Taeshin.

Setelah diteliti senarai calon yang akan menyertai Top Team, calon yang layak sudah ditetapkan, tetapi Seo Joo-young cuba untuk membatalka­n permohonan­nya.

Sementara itu, seorang pesakit baru dengan keadaan yang serius datang tetapi enggan dirawat oleh Top Team.

Top Team akhirnya ditubuhkan secara rasmi dan upacara rasmi akan diadakan di hospital bagi memperkena­lkan barisan doktor yang sudah dipilih untuk menyertai Top Team.

Seo Joo-young harus memutuskan sama ada dia mahu menyertai Top Team atau tidak.

Belum sempat untuk meraikan penubuhan Top Team, mereka dikejutkan dengan berita keadaan seorang pesakit mereka yang sedang kritikal.

Park Tae-shin dan rakan sepasukann­ya bergegas pergi merawat pesakit itu. Dia berjaya menstabilk­an keadaan pesakit itu.

Namun, Top Team masih belum mendapat jawapan mengapa pesakit itu masih tidak sedarkan diri.

Belum selesai satu masalah, Top Team dikejutkan lagi dengan keadaan Ba-wi yang semakin teruk.

Ba-wi perlu menjalani pemindahan paru-paru daripada penderma hidup tetapi pihak hospital menentangn­ya kerana prosedur tersebut belum pernah dijalankan di situ.

Akhirnya Han Seung-jae setuju untuk pembedahan pemindahan paru-paru yang dicadangka­n oleh Park Taeshin.

Pembedahan yang dilakukan oleh Top Team berjaya tetapi mereka mendapati ada jangkitan di jantung Ba-wi.

Dapatkah Ba-wi hidup sihat seperti kanak-kanak seusia dengannya?

Adakah penubuhan Top Team adalah satu tindakan yang betul? Ikuti kesudahan kisah mereka dalam ‘Medical Top Team’ di TV2.

 ??  ??
 ??  ?? WATAK UTAMA: Kwon Sang-woo dan Ju Ji-hoon (kiri) turut berlakon dalam drama ini.
WATAK UTAMA: Kwon Sang-woo dan Ju Ji-hoon (kiri) turut berlakon dalam drama ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia