Utusan Borneo (Sabah)

Hargai pengorbana­n bekas polis pertahan kedaulatan negara

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, anggota polis telah banyak berkorban demi memastikan negara menikmati keamanan, kemakmuran dan pembanguna­n seperti yang ada sekarang.

Justeru katanya, masyarakat seharusnya tidak boleh melupakan pengorbana­n besar yang telah dicurahkan anggota polis.

“Semua golongan termasuk generasi baru kini harus mengenang jerihperih anggota polis dalam mempertaha­nkan negara daripada ancaman musuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketikamera­smikanMesy­uarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Tawau.

Nizam turut meminta ahli Persatuan Bekas Polis di daerah ini supaya membantu kerajaan dengan menggunaka­n pengalaman semasa berkhidmat di dalam pasukan polis dalam memelihara keamanan dan keharmonia­n negara terutamany­a di dalam menghalang anasir luar yang sentiasa memecah belahkah perpaduan rakyat di negara ini.

Beliau berkata, pada masa kini terdapat golongan subversif berfikiran radikal yang tidak seharusnya diberi peluang untuk bersuara di negara ini, memandangk­an idea serta pemikiran mereka boleh menggugat keamanan dan kestabilan negara kerana golongan itu mempunyai agenda tersendiri dan membawa masalah kepada negara.

“Peranan ahli persatuan di dalam memberikan kerjasama dan sokongan serta melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarak­atan bukan sahaja memberi faedah kepada ahli tetapi juga menyumbang kepada kesejahter­aan masyarakat dan negara.

 ??  ?? JAWATAKUAS­A persatuan bergambar bersama Nizam.
JAWATAKUAS­A persatuan bergambar bersama Nizam.
 ??  ?? NIZAM berucap pada majlis itu.
NIZAM berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia