Pelan Pembangunan Labuan tarik minat pelabur
LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli meminta kerjasama dan komitmen warga Labuan untuk memanfaatkan Pelan Pembangunan Labuan 2030 bagi menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara ke Wilayah Persekutuan Labuan.
Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan mahu dewan-dewan perniagaan memainkan peranan dengan membawa masuk pelabur serta sedia bersaing untuk merebut peluangyangbakaldisediakan kerajaan dan swasta.
“Kita mahu jadikan Pelan Pembangunan Labuan sebagai medium untuk pelabur menaruh keyakinan kepada Labuan sekaligus menjana ekonomi dan merancakkan industri pelancongan Labuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis SambutanTahunBaharuCina anjuran Dewan Perniagaan Tionghua dan Komuniti 1Malaysia Zon 16, 19, 20 dan 21 di Plaza LCC Kampung Sungai Keling, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Rozman bersama Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias menyampaikan angpau kepada warga emas dan kanak-kanak.
Rozman berkata segala projek pembangunan yang akan dilaksanakan perlu bersesuaian dan mendatangkan pulangan sekaligus menjadikan Labuan semakin menarik dan berdaya saing.
Turut hadir Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan Datuk Wong Kii Yii. Pengerusi MIC Bahagian Labuan Datuk Ramasamy Rengasamy dan kirakira 2,000 orang pelbagai bangsa.
Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan tarian singa dan naga serta cabutan bertuah.