Utusan Borneo (Sabah)

BN tidak pinggir masyarakat Cina

Pelbagai bantuan disalurkan termasuk untuk sekolah-sekolah Cina

- Oleh JOHN TAMBANAN Hajiji dan pemimpin BN bersama sebahagian warga emas yang menerima hamper di Pesta Angpau berkenaan.

TUARAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengetepik­an masyarakat Cina dari semua aspek pembanguna­n.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, dari segi pendidikan, kerajaan telah memberi tumpuan untuk menyediaka­n bantuan yang diperlukan kepada sekolahsek­olah Cina.

Terdapat lima sekolah Cina yang ditumpukan kerajaan di sini.

“Perlu disedari bahawa di luar China, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediaka­n pendidikan Cina kepada rakyatnya,” katanya pada sambutan Pesta Angpau di Dewan Seri Sulaman di sini Sabtu.

Acara itu digilirkan dalam kalangan sembilan persatuan dan kuil China di sini. Pada tahun ini, Kuil Ling Ling menjadi tuan rumah.

Wilfred yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut mengucapka­n tahniah kepada penganjur yang telah menganjurk­an sambutan itu tanpa gagal selama 40 tahun yang lalu.

Beliau juga mengulangi gesaannya kepada semua masyarakat di sini untuk terus memelihara keharmonia­n kaum yang mereka telah dinikmati selama ini.

“Keharmonia­n dan per-

“Perlu disedari bahawa di luar China, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediaka­n pendidikan Cina kepada rakyatnya. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

paduan yang kuat adalah tiang untuk kestabilan yang telah membuka banyak peluang ekonomi bagi rakyat secara umum,” katanya.

Acara itu dirasmikan oleh Pengerusi BN Tuaran Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman.

Turut hadir Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli Datuk Jahid Jahim serta pemimpin sembilan persatuan dan kuil China di sini. Tahun depan acara itu akan diadakan di Tamparuli.

 ??  ?? WILFRED,
WILFRED,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia