Pelihara budaya, adat resam
Saranan Juhari kepada masyarakat Sungai
KINABATANGAN: Masyarakat Sungai disaran agar memastikan budaya dan adat resam kaum itu terus dipelihara agar ia tidak lupus ditelan zaman.
Presiden Persatuan Bangsa Sungai (Sabas) Dato Juhari Haji Janan berkata, pemeliharaan budaya dan adat resam itu amat penting agar ia dapat terus dihayati oleh generasi akan datang.
Berucap merasmikan cawangan Sabas bagi Zon Segaliud, di sini, Juhari berkata, kaum Sungai mempunyai banyak adat resam dan ia dapat dilihat pada majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, tarian, perubatan, kraftangan dan sebagainya.
“Ia telah ditonjolkan
KETIBAAN
pada Hari Muzium Sedunia beberapa tahun lalu,” katanya.
Juhari berkata, Sabas telah dipertanggungjawabkan oleh Muzium Negeri Sabah untuk mengendalikan pelbagai program di Muzium Sabah selama satu bulan dan sambutan amat menggalakkan terutama sekali pelancong luar negara.
Ketika itu, katanya Sabas telah memperkenalkan perubatan Orang Sungai yang dinamakan Bagawid dari Kampung Sukau
“Sabas telah memperkenalkan perubatan Orang Sungai yang dinamakan Bagawid dari Kampung Sukau Kinabatangan, disamping tarian, kulintangan dan kraftangan dari pelbagaidaerahsepertiKinabatangan,Beluran, Pitas, Lahad Datu dan Kampung Bambangan Membakut. Kita telah mendapat pujian dari pelbagai pihak khususnya daripada Muzium Negeri Sabah kerana berjaya melaksanakan program berkenaan.
Kinabatangan, disamping tarian, kulintangan dan kraftangan dari pelbagai daerah seperti Kinabatangan, Beluran, Pitas, Lahad Datu dan Kampung Bambangan Membakut.
“Kita telah mendapat pujian dari pelbagai pihak khususnyadaripadaMuzium Negeri Sabah kerana berjaya melaksanakan program berkenaan,” katanya.
Lebih 300 penduduk terdiri ahli Sabas termasuk Pengerusi Sabas Zon Segaliud Jony Pengiran hadir di di majlis berkenaan. Turut hadir Ketua Kampung Nooh Imam Abdulah Sani, Pengerusi JKKK Kuning Kadir, Imam Rawatib Hj. Misuari Imam Asmara, Guru Besar SK Segaliud Abdul Rait dan pemimpin setempat.