Program Jom Santai galak aktiviti sukan, rekreasi
BELURAN: Program Jom Santai anjuran Pergerakan Pemuda Umno Beluran pada Ahad lepas bukan sahaja dapat menggalakkan aktiviti sukan dan rekreasi di daerah itu.
Malah dua aktiviti pada program itu iaitu Pertandingan Memancing Terbuka dan Pertandingan Snooker Tertutup yang diadakan di Pekan Beluran mendapat sambutan menggalakkan khususnya kalangan belia.
Bagi pertandingan memancing terbuka telah disertai 140 peserta bukan sahaja dari daerah ini malah dari Sandakan, Kinabatangan dan Telupid.
Lokasi pertandingan memancing diadakan di tepi sungai berhadapan dengan kawasan kedai baharu anjung muara Beluran.
Pertandingan snooker
SEBAHAGIAN pemancing yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing pada Program Jom Santai.
yang diserta 42 peserta pula diadakan di salah sebuah kedai premis juga di Pekan Beluran.
Program itu dirasmikan Setiausaha Pemuda Umno Beluran Zainuddin Sabu mewakili Ketua Pemuda Umno bahagian itu Samad Jambri.
Menurut Zainuddin program itu yang bertemakan santai bagi menarik orang ramai dalam aktiviti hujung minggu dan dalam masa yang sama mengeratkan silaturahim.
“Apayangpentingprogram ini dapat menggalakkan golongan belia mengisi masa mereka dengan berfaedah dengan aktiviti sukan dan rekreasi,” katanya.
Beliau berkata menerusi pertandingan memancing, ia dapat menyumbang kepada usaha menarik kehadiran pelancong tempatan kalangan peminat aktiviti memancing dari daerah berhampiran berkunjung ke Pekan Beluran.
“Inidapatmenjanaekonomi dan aktiviti perniagaan di Pekan Beluran kalangan penjaja makanan dan premis perniagaan yang ada,” katanya.
Justeru, beliau berkata pergerakan Pemuda Umno Beluran akan mengadakan lagi program yang dapat mempelbagaikan aktiviti untuk masyarakat khususnya kalangan belia di daerah ini.