Utusan Borneo (Sabah)

Remaja lelaki cedera dalam kejadian samun

-

KEPALA BATAS: Seorang remaja lelaki mengalami beberapa kecederaan di tangan dan badan selepas dicederaka­n oleh suspek yang menyamunny­a dalam kejadian di Jalan Pantai Robina, Teluk Air Tawar dekat sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun sedang memancing di kawasan berkenaan bersama dua rakannya berumur 21 dan 24 tahun.

“Semasa kejadian, remaja itu berada di tembok yang terdapat di Pantai Robina dan sedang memancing ikan sebelum sebuah motosikal dinaiki dua lelaki telah berhenti berhampira­n mangsa.

“Penunggang motosikal itu berpura-pura bertanya jalan kepada mangsa sebelum rakannya yang membonceng kenderaan berkenaan turun dan berlari ke arah remaja tersebut dan melibas parang yang dibawanya,” katanya di sini, pada Isnin.

Katanya suspek yang menggunaka­n parang panjang bertindak melibas beberapa kali ke arah mangsa sebelum dia bertindak merampas beg milik remaja berkenaan yang mengandung­i wang tunai sebanyak RM470 serta pelbagai dokumen peribadi.

Noorzainy berkata dua lelaki itu melarikan diri dengan motosikal selepas mencederak­an dan menyamun mangsa manakala dua rakan mangsa yang berada di situ cuba membantu remaja berkenaan serta bertindak mengejar suspek namun gagal.

Katanya remaja lelaki itu mengalami kecederaan luka di jari tangan kanan, luka di lengan kiri dan tetakan di belakang badan serta dirawat di Hospital Seberang Jaya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia