Utusan Borneo (Sabah)

193 bungkusan dadah dipercayai syabu bernilai RM14.1 juta dirampas

-

MELAKA: Polis merampas 193 bungkusan dadah disyaki syabu dengan anggaran berat kira-kira 201.3 kilogram (kg) bernilai RM14.1 juta menerusi dua serbuan di sekitar Ayer Keroh di sini, dua hari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata tiga lelaki tempatan berusia 32, 34 dan 47 tahun yang disyaki anggota pengedaran sindiket dadah itu turut ditahan dalam serbuan di dua lokasi di sekitar Ayer Keroh tersebut antara 4 hingga 4.40 petang pada Sabtu lepas (3 Mac).

“Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Ayer Keroh, dua lelaki berusia 32 dan 34 tahun ditahan dan 201.3 kilogram dadah disyaki syabu yang disimpan di dalam beberapa kotak dan beg dirampas. Dadah tersebut dibalut menggunaka­n pembungkus teh dari China.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu tiada rekod jenayah lampau, namun kedua-duanya positif dadah jenis methamphet­amine,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Ketua JSJN Bukit Aman Datuk Kang Chez Chiang dan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan.

Mengulas lanjut, Mohmad berkata suspek ketiga berusia 47 tahun pula ditahan di sekitar Ayer Keroh serta tiada rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

Beliau berkata tiga kenderaan bernilai RM150,000 juga disita serta sejumlah wang tunai dirampas daripada ketiga-tiga anggota sindiket yang ditahan.

Katanya siasatan awal menunjukka­n sindiket dadah itu tiada kaitan dengan sindiket yang ditumpaska­n di Melaka sebelum ini, namun siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah menerusi Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

 ??  ?? IDRIS (kiri) menyerahka­n modul kepada Hajiji (dua dari kanan).
IDRIS (kiri) menyerahka­n modul kepada Hajiji (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia