Utusan Borneo (Sabah)

Conte pertahanka­n pendekatan berhati-hati pasukannya

-

MANCHESTER, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte, mempertaha­nkan pendekatan berhati-hati pasukannya walaupun gagal mencipta satu cubaan ketika tewas 0-1 kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City Ahad lepas.

Taktik Conte dikritik oleh ramai pengulas sukan dan juga penyokong ketika beliau menurunkan skuad tanpa seorang penyerang utama, dengan Alvaro Morata dan Olivier Giroud bermula di bangku simpanan.

City kini memiliki kelebihan 18 mata di tangga teratas dan 25 mata di hadapan Chelsea yang kekal di tangga kelima selepas gol Bernardo Silva, 35 saat selepas rehat memecah kebuntuan.

Bagaimanap­un, Conte mendakwa ia adalah “bodoh” untuk membuka permainan menentang pendahulu liga dengan merujuk kritikan kepada dua kekalahan 0-3 Arsenal kepada City pada final Piala Liga dan Liga Perdana minggu lepas.

“Saya bukan bodoh untuk bermain menentang Man City dan tewas 0-3 atau 0-4,” kata Conte.

“Jangan lupa, Arsenal menentang mereka tiga hari lepas dan anda

(media) mengkritik (Arsene) Wenger kerana bolos tiga gol. “Saya fikir pengulas harus menggunaka­n kepala apabila bercakap tentang taktik kerana anda harus mempunyai pengetahua­n untuk bercakap tentang taktik.” Chelsea bagaimanap­un tidak mempunyai sebarang usaha untuk bangkit dari ketinggala­n dengan Conte menunggu sehingga 12 minit terakhir untuk memasukkan Giroud sementara Morata hanya diturunkan pada minit akhir untuk menggantik­an Eden Hazard.

Hazard kelihatan hilang taring apabila diletakkan di posisi penyerang tengah sebelum dikeluarka­n.

“Saya cuba untuk menunggu kerana pertukaran Morata dengan Hazard dan berharap sehingga ke akhir di mana pemain seperti Hazard boleh mencipta sesuatu pada perlawanan ini,” tambah Conte.

Kekalahan keempat dari lima perlawanan Liga Perdana menyebabka­n impian Chelsea be- raksi dalam Liga JuaraJuara semakin terjejas.

Mereka kini ketinggala­n lima mata dari pasukan di tangga keempat – slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara – Tottenham Hotspur.

Conte bagaimanap­un menegaskan ia bukan prestasi pasukannya di Stadium Etihad akan menghantui mereka jika gagal layak ke empat tangga teratas liga. “Kami mempunyai lebih banyak kekesalan kerana kekalahan kepada Bournemout­h, Watford, (Manchester) United tetapi saya tidak fikir hari ini kerana kami bermain menentang pasukan yang jelas sangat kuat,” kata beliau.

“Hari ini mereka menunjukka­n perbezaan di antara kami. Jurang dua puluh lima mata adalah sangat besar dan saya fikir kami boleh berasa kesal tentang perlawanan lain dan bukannya perlawanan ini.”

Pengurus City, Pep Guardiola, enggan bercakap tentang taktik Chelsea ketika pasukannya melakukan 902 hantaran – paling banyak dalam satu perlawanan Liga Perdana sejak 14 tahun.

Bagaimanap­un, beliau memuji standard yang dihasilkan pemainnya.

“Dalam semua aspek, kami bermain lebih baik. Kami melakukan serangan bertalutal­u, mereka tidak dapat mengumpan bola kepada Hazard, Willian atau Pedro.

“Kami tidak memberikan satu pun peluang di pintu gol kami dan kami mencipta cukup peluang untuk menang. Saya fikir kami beraksi dengan baik kerana mereka adalah Chelsea, juara musim lepas.”

Guardiola malah mengakui beliau terkejut dengan penguasaan pasukannya musim ini tetapi menegaskan ia adalah pujian kepada mereka berbanding pasukan lawan hilang rentak

“Untuk mempunyai jurang di antara lima atau enam pen- cabar: 25 di hadapan Chelsea; 33 untuk Arsenal; United bermain esok (Isnin); 20 di hadapan Tottenham dan pada bulan Mac, ia sangat banyak.

“Saya fikir Tottenham, Liverpool dan United mencapai keputusan yang baik setakat ini.” — AFP

 ??  ?? SANE
(dua kanan) cuba melepasi kawalan tiga pemain Chelsea ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad lepas. — Gambar AFP
SANE (dua kanan) cuba melepasi kawalan tiga pemain Chelsea ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad lepas. — Gambar AFP
 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia