Bantu licinkan pentadbiran kerajaan
Penjawat awam disaran tingkatkan kualiti kerja
PARA penjawat awam disaran supaya meningkatkan kualiti kerjaya dan menyokong penuh terhadap kepimpinan serta pentadbiran kerajaan yang ada.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kakitangan awam sama ada kerajaan negeri atau Persekutuan perlu akur menjalankan tugas serta tanggungjawab sebaik mungkin demi kepentingan masyarakat, bangsa dan negara.
Masidi berterima kasih kepada penjawat awam di Ranau kerana telah bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab masingmasing melaksanakan infrastruktur kemudahan masyarakat akar umbi di Ranau.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan menjelaskan kerajaan telah dan akan melaksanakan pelbagai projek mega di Ranau termasuklah pembinaan projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kompleks Sukan Ranau, Muzium Tamadun Etnik Dusun, Masjid Daerah Ranau, Jalan Raya Randagong –Telipok menelan kos jutaan ringgit daripada Kerajaan Pusat.
“Justeru peranan kerajaan untuk memajukan daerah ini dengan kerjasama penjawat awam daerah ini amat diperlukan demi kebaikan bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan peringkat daerah di Dewan Masyarakat Ranau, pagi Ahad yang dihadiri lebih 600 penjawat awam dan para pemimpin masyarakat Ranau.
Turut berucap di majlis itu, Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi penganjur program itu Haji Faimin Kamin yang seterusnya mengetuai Lafaz Ikrar penjawat awam Daerah Ranau.
Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam, Setiausaha Politik Adun Paginatan James Ingguru, Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen Ranau Japirin Sahadi, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karanaan Haji Jkahidin Lumat, PPM Paginatan Georgina George, PPM Kundasang Yubidi Gompoyo, Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin dan Ketua Polis Ranau DSP Mohd Farhan Lee Abdullah.
“Kakitangan awam sama ada kerajaan negeri atau Persekutuan perlu akur menjalankan tugas serta tanggungjawab sebaik negara.” mungkin demi kepentingan masyarakat, bangsa dan DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah