Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa celik siber selamatkan anak-anak

-

Sentiasa cakna dan tingkatkan ilmu berkenaan teknologi masa kini

MANUSIA kian terdedah kepada teknologi khususnya teknologi maklumat. Penggunaan komputer, komputer riba serta telefon pintar bukan lagi suatu kemewahan kerana pelbagai produk pada harga mampu milik ditawarkan di pasaran.

Terkini, syarikat pengendali komunikasi berlumba-lumba menawarkan pakej langganan data internet pada kadar yang sangat murah. Kadar penembusan media sosial di Malaysia yang tinggi menurut kajian MCMC pada tahun 2017 membuktika­n masyarakat dari pelbagai latar usia kini mampu meneroka alam maya dengan mudah. Jika digunakan secara berhemah, kemudahan ini sudah semestinya mendatangk­an banyak manfaat. Namun, jika ianya digunakan secara negatif, maka akan terdapat banyak mudarat yang akan melanda masyarakat kita.

Ini bermakna, cabaran besar menanti para ibu bapa dalam memastikan anakanak mereka menggunaka­n teknologi secara berhemah dan terkawal demi memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan pelbagai gejala negatif melibatkan alam maya.

Ini termasukla­h masalah pedofilia, penyangak siber, pergaulan bebas di laman sosial, pornografi dan sebagainya. Justeru, para ibu bapa pada masa kini perlu dibekalkan dengan ilmuilmu berkenaan teknologi terkini agar mereka lebih cakna dan bersedia dengan cabaran dalam mendidik dan menjaga anak di era teknologi kini.

Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah, Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) dan Persatuan Matematik dan Grafik Berkompute­r Sabah (MAGraph) bekerjasam­a menganjurk­an program Klinik Keibubapaa­n Celik Siber: Penjagaan Anak-anak baru-baru ini.

Program yang dijalankan di Taman Pertanian Sabah, Tenom itu dihadiri oleh 72 orang yang terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan, ahli Kawasan Rukun Tetangga dan ahli PIBG sekolah sekitar Tenom.

MAGraph mengambil inisiatif untuk menganjurk­an program ini bagi membekalka­n ibubapa dengan ilmu berkenaan teknologi masa kini. Program seperti ini dilihat amat penting bagi masyarakat khususnya ibu bapa untuk lebih cakna dan bersedia menghadapi cabaran dalam mendidik dan menjaga anak-anak kerana gejala negatif yang melibatkan media sosial dan alam maya adalah semakin parah.

“Matlamat Klinik Keibubapaa­n Celik Siber ini diadakan adalah untuk mendedahka­n ibu bapa terhadap ancaman-ancaman siber dan pengunaan teknologi secara tidak berhemah oleh anak-anak. Statistik kadar penembusan internet yang tinggi dan Sabah sebagai negeri ketiga tertinggi sebagai pengguna internet menjadi pencetus inisiatif penganjura­n program ini. Ianya bertujuan untuk mendedahka­n kaedahkaed­ah bagi mendepani masalah tersebut termasukla­h penggunaan perisian-perisian terkini bagi mengesan dan memantau aktiviti anak-anak di alam maya,” kata Pengerusi

MAGraph

Pengerusi MAGraph

Prof. Madya Dr. Abdullah Bade.

3 slot utama dalam program ini membincang­kan tentang kemajuan teknologi masa kini termasuk teknologi sixth sense, ancaman jenayah yang melibatkan media sosial dan alam maya termasuk jenayah culik, rogol, pedophilia, pornografi dan sebagainya serta bengkel teknikal tentang bagaimana mengawal dan memerhati kegiatan anak-anak di media sosial dan telefon pintar. Peserta turut didedahkan tentang hakikat bahawa Sabah merupakan antara negeri tertinggi yang terlibat dalam penyalahgu­naan teknologi maklumat ini.

Maklumbala­s daripada peserta menyatakan bahawa program seumpama ini seharusnya lebih giat dijalankan terutamany­a di kawasan luar bandar kerana bahaya tidak mengenal tempat dan masa. Masyarakat luar bandar juga perlu cakna tentang isu ini untuk lebih berwaspada di masa akan datang. Ibu bapa perlu lebih arif mengendali­kan telefon pintar mudah alih untuk memudahkan mereka mengawal pergerakan anakanak terutamany­a di alam maya.

Turut hadir dalam program itu ialah Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi sebagai

Matlamat Klinik Keibubapaa­n Celik Siber ini diadakan adalah untuk mendedahka­n ibubapa terhadap ancaman-ancaman siber dan pengunaan teknologi secara tidak berhemah oleh anak-anak. Statistik kadar penembusan internet yang tinggi dan Sabah sebagai negeri ketiga tertinggi sebagai pengguna internet menjadi pencetus inisiatif penganjura­n program ini.

perasmi program dan juga pengurus Taman Pertanian Sabah, Tenom, Jain Linton. Beliau turut mencadangk­an agar program ini dilanjutka­n ke kampung-kampung dan dilaksanak­an semula di dewan pekan agar lebih ramai ibu bapa boleh hadir bersama.

“Program yang sangat menarik dan perlu dipanjangk­an kepada program berbentuk modular di seluruh kampung di daerah Tenom,” katanya.

MAGraph juga berharap agar lebih banyak lagi agensi turut menganjurk­an aktiviti atau kempen dalam membantu melaksanak­an objektif MAGraph mendedahka­n ancaman serta gelaja negatif di alam maya dan menunjukka­n kaedahkaed­ah terkini mengesan dan memantau aktiviti anakanak di alam maya.

Selain itu, ia juga mendedahka­n perisianpe­risian serta aplikasi mudah alih dalam membantu memantau, mengawal dan menyekat aktiviti tidak sihat anak-anak seterusnya mendedahka­n langkahlan­gkah yang perlu dilakukan sekiranya anakanak terlibat dengan aktiviti tidak sihat di alam maya.

Semoga rekod jenayah berkaitan media sosial dan alam maya yang meningkat saban tahun dapat dikurangka­n dengan kerjasama dan penglibata­n daripada semua pihak. -

PROF. MADYA DR. ABDULLAH BADE

Artikel sumbangan Miezra Midin

 ??  ?? DR. Abdullah Bade memberi penerangan berkenaan ancaman siber terhadap anak-anak pada program itu.
DR. Abdullah Bade memberi penerangan berkenaan ancaman siber terhadap anak-anak pada program itu.
 ??  ?? PARA peserta program bergambar kenangan bersama Jain Linton (kiri), Raime (tengah) dan Dr.Abdullah Bade (kanan).
PARA peserta program bergambar kenangan bersama Jain Linton (kiri), Raime (tengah) dan Dr.Abdullah Bade (kanan).
 ??  ?? TUTORIAL menetapkan tetapan telefon mudah alih untuk carian selamat.
TUTORIAL menetapkan tetapan telefon mudah alih untuk carian selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia