Utusan Borneo (Sabah)

Marlin Brando: Nama layar untuk aktor Marlin Malalin

- KAMAL ISHAK Artikel sumbangan

SIAPA yang tidak mengenali nama Marlon Brando. Seorang pelakon gah Hollywood sejak tahun 50-an hingga ke akhir hayatnya di tahun 2004. Sehingga hari ini namanya dikenang dan menjadi ikutan para pelakon seluruh dunia.

Marlon Brando diingati dalam filem Street Car Named Desire (1951) karya Tenesse William yang dipentaska­n dalam bentuk Broadway kemudianny­a diadaptasi ke filem. Berlakon di samping seniwati Vivien Leigh, Marlon menampilka­n lakonan Method yang dipelopori oleh Constan Stanislavs­ky.

Marlon sendiri adalah pengikut setia teknik Method Acting sejak mengikuti kelas lakonan di bawah Stella Adler 1940. Memegang watak sebagai Stenly Kowalky, dunia seni lakon menjadi kejutan dengan penampilan gaya lakonan barunya.

The Wild One (1953), Marlon memperkena­lkan gaya lakonan ‘the angry young man’ yang mempengaru­hi beberapa pelakon muda zaman itu termasuk James Dean. Pelakon kontempora­ri seperti Al Pacino, Dustin Hoffman, Robert DeNiro adalah antara yang mengikut jejak langkah Marlon di dalam setiap lakonan mereka.

“Saya menonton Godfather sudah berkalikal­i,” jawab Marlin bila ditanya.

Marlon Brando menang Best Actor sebagai Don Corleone dalam The Godfather (1972), sebuah filem klasik Gangster Mafia. Lakonan Marlon juga klasik dan memorable.

“Saya mahu ikut seperti Marlon Brando,” luahannya penuh yakin.

Itulah Marlin Malalin, anak Tawau walaupun berbakat tetapi ibarat belakang parang kalau diasah boleh jadi lebih tajam, Marlin terus belajar bidang penulisan skrip dan lakonan tidak jemu-jemu. Setiap tawaran berlakon dianggapny­a sebagai gelanggang tempat dia mempraktik­kan segala ilmu yang pernah dipelajari.

Penulis yang pernah membimbing­nya memberi dia jolokan “Marlon Brando of Sabah” untuk memperkuat­kan semangatny­a.

“Saya kerdil di Sabah. Saya perlu belajar banyak perkara lagi. Sabah ada banyak otai-otai yang harus saya belajar dari mereka,” Katanya merendah diri.

Di Sabah sebenarnya ramai pelakon yang harus diberi jolokan nama. Ini membolehka­n mereka bersemanga­t berkarya kerana mereka ada idola. Dalam konteks ini Marlin beruntung kerana diberi jolokan Marlon Brando of Sabah. -

 ??  ?? MARLIN Malalin (kanan) menggunaka­n nama layar Marlin Brando sempena pelakon hebat Marlon Brando.
MARLIN Malalin (kanan) menggunaka­n nama layar Marlin Brando sempena pelakon hebat Marlon Brando.
 ??  ?? MARLON BRANDO
MARLON BRANDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia