Kesedaran awam terhadap penyakit glaucoma masih rendah
Terhadap penyakit glaucoma dan kesannya
KOTA KINABALU: Kesedaran penyakit glaucoma dalam kalangan masyarakat masih kurang walaupun ia mampu menjejaskan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.
Perunding Ophthamologist Jesselton Medical Centre (JMC) Datin Dr Molly E Mathew berkata, penyakit seumpamanya adalah berkaitan dengan mata dan ianya boleh mengakibatkan buta seumur hidup.
“Walaupun pelbagai seminar diadakan berkaitan dengan penyakit glaucoma, tetapi masyarakat tidak pernah mengambil serius terhadap perkara itu.
“Oleh itu, sejak tiga tahun lalu JMC memutuskan untuk melaksanakan program kesedaran bagi meningkatkan pengetahuan orang awam mengenai risiko penyakit glaucoma,” katanya ketika ditemui Program Kesedaran JMC ke-3 di sini pada petang Ahad.
Beliau berkata, penyakit itu sekiranya dikenalpasti pada peringkat awal, ia masih boleh mendapat rawatan bagi mengelakkan daripada buta.
Katanya, tekanan tinggi dalam mata adalah salah satu faktor yang menyebabkan penyakit itu.
“Antara faktor risiko lain untuk seseorang menghidapi penyakit itu adalah keturunan dalam keluarga mampunyai sejarah glaucoma, penggunaan steroidberpanjangan,tekanan darah tinggi dan diabetes.
“Pemeriksaan mata yang kerap boleh membantu mengelak daripada penyakit itu,” katanya.
Antara faktor risiko lain untuk seseorang menghidapi penyakit itu adalah keturunan dalam keluarga mampunyai sejarah glaucoma, penggunaan steroid berpanjangan, tekanan darah tinggi dan diabetes.
DATIN DR MOLLY E MATHEW
Perunding Ophthamologist JMC