Utusan Borneo (Sabah)

MPWS memperkasa wanita, capai pelbagai kejayaan

Capai pelbagai kejayaan dan beri sumbangan positif

- Oleh YAP SIONG HAN

MPenasihat Wanita Sabah (MPWS) tidak dinafikan memainkan peranan penting dalam memperkasa­kan golongan wanita di negeri ini dengan pelbagai sumbangan positif.

AJLIS

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, walaupun dalam rantau ini masih menampakka­n perbezaan jurang diantara kaum lelaki dan wanita, tetapi jangan jadikan alasan itu untuk patah semangat.

“Kini, wanita dalam negara ini memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta.

“Perkembang­an ini jelas memberikan gambaran bahawa wanita kini memainkan peranan penting dalam mencorakka­n hala tuju dan pembanguna­n negara,” katanya ketika merasmikan Pusat Bantuan Guaman dan Pelancaran Modul Interaktif Menangani Perkahwina­n Muda, di Kota Kinabalu pada Isnin.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Beliau berkata, MPWS sesi 2017-2019 telah mengemukak­an tiga projek kepada kerajaan negeri pada tahun lalu. Projek Pusat Bantuan Guaman Wanita telah pun beroperasi sejak Januari lalu berjaya menerima 14 kes dan satu pertiga daripada kes itu telah diselesaik­an.

Katanya, MPWS juga telah melaksanak­an projek membina Modul Interaktif Perkahwina­n Kanak-Kanak (MIPK).

“Buku untuk modul itu telah diterbitka­n selain advokasi serta latihan untuk kaunselor akan bermula pada bulan April depan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, pencapaian wanita dalam negara ini adalah hasil daripada langkah-langkah kerajaan menyediaka­n persekitar­an kondusif bagi memperkasa­kan golongan itu.

“Kewujudan MIPK akan membolehka­n warga pendidik atau fasilitato­r bagi mengelakka­n perkahwina­n gadis pada usia muda.

“Saya juga ingin mengucapka­n tahniah atas kerjasama dan komitmen diberikan MPWS bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) bagi menjayakan dua projek itu,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi MPWS Datuk Dr Tarsiah TZ Taman.

 ??  ??
 ??  ?? HAJIJI (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian sambil disaksikan Jainab (kiri) dan Tarsiah.
HAJIJI (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian sambil disaksikan Jainab (kiri) dan Tarsiah.
 ??  ?? NGO yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Hajiji.
NGO yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Hajiji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia