Sandakan kekal juara
16 pemain dipilih wakili MSS Sabah ke Kejohanan Ping Pong MSSM di Putrajaya
TENOM: Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Sandakan mengekalkan kejuaraan pada Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2018 yang berlangsung di Dewan Lee Sin Foo, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, di sini.
Kejohanan tiga hari itu (27 Februari – 1 Mac) dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan MSS Sabah melalui Unit Sukan Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK) JPNS dan dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom.
Kontinjen Sandakan mengungguli kejohanan itu dan dinobatkan selaku juara keluruhan selepas berjaya mengumpul 480 mata, manakala naib johan keseluruhan disandang kontinjen MSSB Barat dengan 419 mata dan MSSB Tenggara (302 mata) menduduki tempat ketiga.
Penyelia Sukan dan Kokurikulum PPD Tenom Zainudin Jalani berkata seramai 120 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Sabah bersaing sengit dalam kejohanan itu yang disertai enam kontinjen.
Tiga lagi kontinjen yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu ialah MSSB Selatan yang menduduki tempat ke-4 dengan kutipan 253 mata, diikuti MSSB Pedalaman (213) dan MSSB Utara (153).
Katanya, kejohanan itu mempertandingkan tiga acara iaitu perseorangan, beregu dan berpasukan dan dipertandingan mengikut kategori umur iaitu bawah 12 dan 18 tahun lelaki dan perempuan.
Beliau berkata, selain melaksanakan aktiviti sukan berdasarkan takwim MSS Sabah 2018, kejohanan itu merupakan medan pemilihan untuk memilih pemain terbaik bagi semua kategori untuk mewakili MSS Sabah ke Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan diadakan di Wilayah Persekutuan Putrajaya (Kuala Lumpur) pada 20-24 Mac ini.
Johan perseorangan lelaki bawah 12 tahun (L12) dimenangi Edrian Yap Xuan Bin dari Barat, naib johan Cyprian Yap Xuan Bang (Barat), manakala tempat ketiga ialah Chee Jian Xing (Sandakan) dan keempat Mohd Syafiq Haikal Ahmad (Selatan).
Perseorangan P12 pula dimenangi Lau En Yu dari Sandakan, naib johan Shernny Lau Jia Yin (Pedalaman), Lo Shu Thong (Sandakan) dan Goh Zao Qin (Tenggara) masing-masing menduduki tempat ke-3 dan ke-4.
Perseorangan lelaki bawah 18 tahun (L18) diungguli Wong Chun Haw dari Barat, naib johan Siew Yi Cheng (Tenggara), manakala tempat ketiga ialah Mervyn Wong Yi (Sandakan) dan ke-4 Beh Jin Hong (Barat).
Perseorangan P18 menyaksikan kehebatan MSSB Sandakan apabila empat pemainnya membolot kesemua empat kedudukan terbaik bagi kategori ini.
Johan perseorangan P18 dimenangi Zoe Fong yi Chong, naib johan Annie Kong Siaw Mei, tempat
ketiga Zanetta Fong Yi Xan dan keempat Tong Yie Teng, kesemuanya dari Sandakan.
Bagi acara beregu L12, johan dimenangi pasangan Edrian Yap Xuan Bin/Cyprian Yap Xuan Bang dari Barat, naib johan Ng Jian Jun/Vernard Nevaleo (Pedalaman), manakala pasangan Chee Jian Xing/Shieh yu Yang (Sandakan) dan Lavitz Lu E Sheng/Chris Tan Yu Tian (Utara), masing-masing menduduki tempat ke-3 dan ke-4.
Pasangan pemain MSSB Sandakan, Lo Shu Thong/Lau En Yu (Sandakan) menjuarai begergu P12, naib johan Nur Irdina Jassri/Nur Irsya Batrisya (Selatan), tempat ketiga Fung Jia Wen/Goh Zao Qin (Tenggara) dan ke-4 ialah Wong Chee Yie/Audrey Ting Zhi Wen (Barat).
Johan beregu L18 dimenangi Siew Yi Cheng/Leong Pin Sheng dari Tenggara, naib johan Wong Chun Haw/Tiong Jia Min (Barat), tempat ketiga Mervyn Wong Yi/Lai Guo Heng (Sandakan) dan ke-4 ialah pasangan Lam Tze Kit/Tai Zhen Hao (Tenggara).
Pasangan Annie Kong Siaw Mei/Zanetta Fong Yi Xan dari Sandakan menjuarai beregu P18, naib johan Zoe Fong Yi Chong/Tong Yie Teng (Sandakan), ketiga Kew Zi Qin/ Elsie Lim Wei Xin (Barat) dan ke4 ialah gand
ingan Nur Shela Shamsudin/Kah Xing Xu (Selatan).
Bagi acara berpasukan L12, johan dimenangi pasukan MSSB Barat, naib johan MSSB Sandakan dan ketiga MSSB Tenggara.
MSSB Sandakan memenangi acara berpasukan P12, meletakkan MSSB Pedalaman naib johan dan ketiga MSSB Selatan.
Johan berpasukan L18 dimenangi MSSB Barat, naib johan MSSB Sandakan dan ketiag MSSB Tenggara.
MSSB Sandakan turut mengungguli acara berpasukan P18, naib johan MSSB Barat dan ketiga MSSB Selatan.
Sementara itu, Pegawai Sukan SPK JPN Sabah Abd Hakim Ag Ali berkata, seramai 16 pemain terbaik telahpun dipilih menerusi kejohanan itu untuk mewakili MSS Sabah ke peringkat kebangsaan.
Katanya, kesemua pemain akan menjalani latihan intensif selama seminggu di Kompleks Sukan Likas sebelum bertolak ke Kuala Lumpur pada 18 Mac bersama lapan pegawai kontinjen MSS Sabah.
Untuk rekod katanya, pasukan ping pong MSS Sabahmendudukitempat ketujuh daripada 16 pasukan bertanding pada kejohanan MSSM
2017 d i
Johor. Menurutnya, MSS Sabah berazam memperbaiki pencapaian itu untuk meraih pingat, selain meletakkan sasaran sekurangkurangnya pada kedudukan lima terbaik pada kejohanan tahun ini.
Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah Kejohanan Ping Pong MSS Sabah di Tenom disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara (AND) Senator Datuk Dr Lucas Umbul yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (Safoda).
Hadir sama ialah Ketua Sektor SPK JPNS Ir Datu Jamigul Haji Datu Salin, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tenom Mohd Ridhuan Yusof, Ketua Unit IPK PPD Tenom Juspah Nasip dan para pengetua serta guru besar daerah Tenom.