Sukan permotoran jadi aktiviti Tahun Melawat Tenom 2019
TENOM: Sukan Permotoran Endurocross Challenge 2018 yang julung kali diadakan didaerah ini akan menjadi salah satu aktiviti Tahun Melawat Tenom 2019.
Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar berkata, ini berdasarkan kepada penyertaan para perserta seramai 86 orang dari seluruh negara termasuk Brunei menyertainya sekaligus menarik lebih ramai penunjung luar dan dalam negara datang ke daerah ini melalui penganjuran sukan lasak.
“Kejohanan ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan terdapat juga pertandingan 4x4 Challenge turut diadakan pada peringkat antarabangsa pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui media pada pertandingan Endurocross Challenge Tenom 2018, di Trek Motocross KMT, di sini pada Ahad.
Jelasnya, daerah Tenom sememangnya amat terkenal kerana kelazatan dan aroma kopi Tenom dan kepelbagaian keunikan sosio hidup dan budaya yang ada di daerah ini serta pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi seperti Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang, sukan kayak di Pangi dan banyak lagi.
Sempena pertandingan itu, johan bagi kategori Open Endurocross dimenangi oleh Rosairi Matlong, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing di sandang oleh Mohamad Hazwan dan Alex Mark.
Johan bagi kategori ini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan trofi, manakala naib johan dan ketiga membawa pulang RM2,000 dan RM1,000 beserta trofi.
Bagi kategori Enduro 200cc ke bawah dimenangi oleh Alex Mark, bagi tempat kedua dan ketiga masingmasing disandang oleh Saiful Ikmal dan Hazwan Lokman.
Bagi kategori Veteran dimenangi oleh Razali Ali Dmar, manakala naib johan dan ketiga masing-masing disandang oleh Adeng Zurjaudi Pungot dan Zulkifli Bujang.
Johan bagi kategori Enduro 200cc dan Veteran, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang hadiah RM800 dan RM500 beserta trofi.
Kategori Cubcross dijuarai oleh Derrel, manakala naib johan dan ketiga masingmasing disandang oleh Elwin Harond dan Mickeroyn Maubin.
Johan bagi kategori ini membawa pulang hadiah berjumlah RM800, manakala kedua dan ketiga masingmasing membawa pulang hadiah berjumlah RM500 dan RM300 beserta trofi.
Johan bagi kategori Super Veteran 50 keatas disandang oleh Chong Ket Kiun, manakala bagi naib johan dan ketiga disandang oleh Hamsah Kasim dan Zack Zakariah.
Johan bagi kategori ini membawa pulang hadiah RM300 dan trofi, manakala, naib johan dan ketiga masingmasing membawah pulang hadiah RM200 dan RM100 beserta trofi.
Kejohanan pertandingan ini telah disertai seramai 86 orang dari seluruh daerah negeri ini, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Negara Brunei Darusalam.