Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an pupuk semangat berpasukan

Sukan Tahunan SK Sungai Lada 2018

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Lada (SKSL) telah menganjurk­an Kejohanan Sukan Tahunan kali Ke-44 yang berlangsun­g selama dua hari iaitu pada 28 Februari bagi acara padang dan 4 Mac bagi acara balapan yang dijalankan di padang sekolah SK Sungai Lada.

Sukan Tahunan ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakk­an murid bersukan serta memupuk semangat berpasukan selain bagi memilih murid untuk mewakili sekolah dalam acara sukan peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan.

Selain acara sukan, aktiviti lain anjuran PIBG turut dijalankan iaitu pertanding­an mewarna Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2, Pertanding­an khemah rumah sukan tercantik, tarik tali ibu bapa dan guru, serta pembukaan gerai jualan kepada orang ramai.

Kejohanan ini turut membabitka­n penglibata­n Bank Rakyat dalam menaja pertanding­an mewarna.

Majlis perasmian kejohanan sukan tahunan kali ini disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Raisin Saidin.

Beliau turut menyaksika­n acara balapan serta lintas hormat daripada kontinjenk­ontinjen perbarisan.

Dalam ucapannya, beliau memuji semangat kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam memeriahka­n acara sukan pada tahun ini.

Katanya, hubungan antara sekolah dan komuniti Sungai Lada dapat dieratkan melalui program-program seperti ini.

Beliau berkata jalinan kerjasama yang baik antara pihak sekolah dengan PIBG boleh dijadikan contoh kepada sekolah lain.

“Sukan ini dapat mengembali­kan kemeriahan pesta sukan pada tahun 70-an dan 80-an.

“Kehadirand­ankerjasam­aibu bapa amat memberangs­angkan. Sayaucapka­nterimakas­ih,”kata Raisin lagi.

Sementara itu, Guru Besar SK Sungai Lada, Maidan Dali @ Sumardi Yusoff pula menyatakan bahawa penganjura­n kejohanan sukan tahunan ini menepati anjakan ke-9 dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 20132025 iaitu menjalin kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

Yang Dipertua PIBG, Haji Shuib Nasir berkata PIBG akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama setiap aktiviti dan program yang dirancang dan dilaksanak­an oleh pihak sekolah bagi menjayakan agenda pendidikan sekolah.

Turut menghadiri majlis itu ialah Pegawai Angkat SK Sungai Lada, Haji Yunus Yusof, Yang DiPertua PIBG SK Sungai Lada, Haji Shuib Nasir, Pegawai Bomba Layangan, Mazidi Rosli dan Pegawai Perhubunga­n Sekolah dari IPD Labuan Sarjan Zulkifle Mohd Said.

Dalam kejohanan itu, Rumah Temenggung muncul johan keseluruha­n dengan meraih 13 emas, 11 perak dan 13 gangsa.

Naib johan dan ketiga masing-masing dimenangi Rumah Bendahara dan Rumah Laksamana.

Sementara itu, Olahragawa­n dimenangi atlet Rumah Laksamana, Abdullah Md Nor selepas meraih 2 emas dan 1 perak.

Manakala gelaran Olahragawa­ti dinobatkan kepada Nasitah Nor Ibnu yang mewakili Rumah Temenggung selepas meraih 3 emas.

Jalinan kerjasama yang baik antara pihak sekolah dengan PIBG boleh dijadikan contoh kepada sekolah lain. Sukan ini dapat mengembali­kan kemeriahan pesta sukan pada tahun 70-an dan 80-an. Kehadiran dan kerjasama ibu bapa amat memberangs­angkan. Saya ucapkan terima kasih. RAISIN SAIDIN Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan

 ??  ?? RAISIN (empat kiri), Maidan (tiga kiri), Yunus (dua kiri) dan Shuib (dua kanan) bersama pemenang kategori perempuan.
RAISIN (empat kiri), Maidan (tiga kiri), Yunus (dua kiri) dan Shuib (dua kanan) bersama pemenang kategori perempuan.
 ??  ?? MAIDAN (tiga kanan) mengiringi Raisin (empat kanan) melawat gerai jualan.
MAIDAN (tiga kanan) mengiringi Raisin (empat kanan) melawat gerai jualan.
 ??  ?? RUMAH Temenggung mucul juara keseluruha­n kejohanan itu.
RUMAH Temenggung mucul juara keseluruha­n kejohanan itu.
 ??  ?? GURU-GURU yang bertugas dalam kejohanan itu.
GURU-GURU yang bertugas dalam kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia