Samsung terajui telefon pintar di pasaran Asia Tenggara
Volum penghantaran meningkat 25.8 peratus kepada 29.3 juta unit
KUALA LUMPUR: Gergasi telefon pintar Korea Selatan, Samsung mengekalkan kedudukan teratas dalam penghantaran telefon pintar ke pasaran baharu muncul di Asia Tenggara tahun lepas, menurut International Data Corporation (IDC).
Pasaran baharu muncul di rantau ini terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
IDC dalam satu kenyataan semalam berkata, volum penghantaran Samsung meningkat 25.8 peratus kepada 29.3 juta unit pada 2017, diikuti oleh OPPO (naik 29.3 peratus kepada 17.2 juta), Vivo (118.2 peratus lebih tinggi kepada 7.2 juta) dan Huawei (naik 3.8 peratus peratus kepada 5.4 juta).
Apple, di tempat kelima, adalah satu-satunya pengeluar telefon pintar di lima tempat teratas yang mencatatkan penurunan dalam jumlah penghantaran, merosot 2.2 peratus kepada 4.5 juta unit berbanding 4.6 juta unit pada 2016.
IDC berkata, Samsung menguasai pasaran terbesar pada 29.1 peratus, diikuti oleh OPPO (17 peratus), Vivo (7.2
JENSEN OOI
peratus), Huawei (5.4 peratus) dan Apple (4.4 peratus).
Sementara itu, IDC berkata, keseluruhan penghantaran telefon pintar di rantau Asia Tenggara yang baharu muncul merosot sedikit sebanyak 0.6 peratus tahun lepas kepada 101.3 juta unit, berikutan pengurangan ketara penghantaran vendor di Myanmar dan Filipina.
Penganalisis Pasaran Kanan IDC ASEAN (Peranti Pelanggan)
Ia berkata, beberapa pemain tempatan dan lebih kecil kalah dalam persaingan kerana pemain teratas itu terus mengukuhkan kedudukan mereka dengan campuran telefon berharga rendah (AS$100 hingga AS$200/ RM390 hingga RM780) dan sederhana (AS$200 hingga AS$400/ RM780 hingga RM1,560).
Penganalisis Pasaran Kanan IDC ASEAN (Peranti Pelanggan) Jensen Ooi berkata, selain populariti pemain teratas yang berjaya menguasai jumlah penghantaran, majoriti pengguna tidak tergesa-gesa mendapatkan telefon baru jika mereka telah menggunakan telefon bimbit pertengahan yang berkualiti dan berharga tinggi, menyebabkan kitaran hayat dan kadar penggantian yang lebih panjang.
Menurut beliau, vendor tempatan akan terus terasa impak tahun ini kerana pengguna beransur-ansur mengubah keutamaan mereka kepada jenama yang lebih popular dan lebih bersedia untuk melabur dalam telefon pintar pertengahan dengan skrin yang lebih besar.
“Tidak lama lagi kebanyakannya akan dilengkapi dengan ciri menarik seperti dwi kamera, kecerdasan buatan di peranti dan sebagainya.
“Untuk terus berdaya saing, kami berharap vendor tempatan untuk menghantar telefon pintar dengan beberapa ciri terseut serta memperkenalkan peranti yang datang dengan Android Oreo ‘Go editon’, sambil mengekalkan harga di bawah US$200 untuk memenuhi keperluan segmen sasaran tempatan mereka,” tambah Ooi. -Bernama
“Untuk terus berdaya saing, kami berharap vendor tempatan untuk menghantar telefon pintar dengan beberapa ciri terseut serta memperkenalkan peranti yang datang dengan Android Oreo ‘Go editon’, sambil mengekalkan harga di bawah US$200 untuk memenuhi keperluan segmen sasaran tempatan mereka.